Salam dunia.
Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia (PAS) semakin hampir. Muktamar pada kali ini sudah seusia 55 tahun. Satu jangka masa yang kian mencapai tahap kematangan dalam perjuangannya. PAS, dengan paksi perjuangan demi untuk melestarikan syiar dan syariat Islam di muka bumi khususnya di Malaysia tercinta ini, sudah semestinya kita berkeyakinan penuh bahawa langkah ini tidak sia-sia. Bahkan menjadi saham berharga yang dinilai di sisi Allah SWT. Kita pohon ke hadrat Allah SWT agar merestui dan redha dengan apa yang kita usahakan ini. Kita memohon kepada Allah SWT supaya dipelihara mereka-mereka yang ikhlas menjalankan amanah besar yang terpikul ini.
Semua sudah termaklum dan mengetahui bahawa pada muktamar kali ini akan dibuka ruang seluas-luasnya kepada sebarang pertandingan dalam pemilihan pimpinan bermula dari akar hinggalah pucuknya, iaitu Presiden. Media arus perdana sekarang pula sedang bekerja keras memesongkan ‘akidah’ masyarakat terhadap PAS dengan isu pemilihan tersebut. Ujud juga makhluk-makhluk parasit yang cuba memakan dan membatu-apikan saf kepimpinan yang dianggotai oleh golongan ulama dan profesional.
Izinkan saya mencatatkan tutur kata yang lebih berani, para makhluk parasit itu lebih pantas kita istilahkan sebagai pengkhianat. Ada kawan saya yang menggelarkan mereka sebagai ‘munafik’. Apa tidaknya, mereka sanggup mewujudkan keadaan tegang sesama pimpinan. Mereka rela mengucar-kacirkan konsep kepimpinan ulama yang jelas terbukti diterima ramai hatta oleh Non-Muslim. Mereka tergamak menjadi barua pencacai dengan mengesampingkan konsep wala’ kepada pimpinan demi hanya kerana sebuah jawatan. Ya, sekiranya mereka enggan sedarkan diri dan bertaubat, mereka selayaknyalah dinyahkan dari terus menjadi virus di dalam batang tubuh jamaah Islam yang kita sayangi ini. Virus yang terhasil daripada makhluk parasit ini lebih dahsyat dan mengerikan dari wabak influenza A ataupun dengan nama mualnya ‘Selsema Babi’.
Apa perbezaan PAS dengan UMNO? Kenapa kita bermatian melawan UMNO? Ini satu soalan yang teramat mudah bagi sesetengah orang yang memahami jalan perjuangan PAS. Perbezaannya adalah kerana PAS membawa dasar berlandaskan Islam. Dan perjuangan PAS adalah untuk meninggikan kalimah Islam mengatasi selainnya. Apa pula itu Islam? Tok-tok guru kita acap kali mengatakan bahawa Islam itu merupakan sebuah agama yang diturunkan nun sayup dari tujuh petala langit bagi menyempurnakan akhlak manusia seluruhnya. Golongan profesional agama ini (ya, mereka juga profesional) mengambil pusaka daripada nabi-nabi dalam menjelaskan keperibadian mulia kepada manusia di sepanjang zaman.
Justeru, keperibadian yang bertunaskan akhlak Islamiah harus mengalir subur di kalangan para penggerak PAS terutamanya dalam diri pimpinan. Jika akhlak mereka menyimpang dan bernanah, kita cuba untuk mengubati. Tetapi, andainya mereka berdegil tidak mahu diubati, ataupun memang tiada vaksin lagi yang dapat mencegah wabak itu, apa yang sebijaknya kita lakukan? Ya, kita potongkan sahaja. Pohon sembah derhaka.
Di dalam blog ‘masanya memilih jalan yang lurus’, kanda Nik Abduh telah didesak malahan dicabar supaya mendedahkan siapa yang dimaksudkan olehnya yang membuat ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’. Namun, demi menjaga solidariti dan juga mungkin masih membuka ruang ‘kembali ke jalan yang lurus’, kanda Nik Abduh sehingga tulisan ini tersiar masih lagi tidak mendedahkan siapakah pembantu-pembantu ayahandanya yang telah ‘tersesat’ itu. Pun begitu, desakan terus berlanjutan dan ada juga kenyataan-kenyataan ‘seseorang’ yang menafikan hujah dan juga menganggap pembongkaran daripada kanda Nik Abduh itu hanyalah satu omongan kosong. Dengan makna lain, ada yang menganggap kanda Nik Abduh telah berbohong dalam tulisan beliau itu.
Nah, kerana itulah lahirnya laman blog ini. Sebagai kesinambungan penjelasan yang lebih berani bagi mengukuhkan lagi apa yang diperkatakan oleh kanda Nik Abduh dalam blognya. Kami terasa terpanggil untuk membuat pendedahan itu justeru kerana ingin menegakkan apa yang benar. Bagi kami, kanda Nik Abduh telah membuka jalan. Benar, balasan yang selayaknya harus kita hukumkan kepada para makhluk perosak itu.
Kepada kalian, teruslah bersama kami di dalam blog ini untuk mengetahui pembongkaran demi pembongkaran siapakah yang membuat ‘kerja-kerja bodoh’ itu.
Ayuh, mari kita bongkarkannya!

14 comments:
Usahlah menjadi batu api. Cukuplah Nik Abduh dengan penjelasannya. Itu sudah memadai dan sudah difahami semua.
saudara yang dikasihi ingat janji allah,masalah dalaman kita kena bincang secara baik dan bukan membuka dilaman blog ini,ingat manusia tidak sepurna dan kalu kita buka rahsia orang allah pasti membuka rahsia kita,TGNA telah berpesan tentang komen Nik abduh ialah itu nasihat kepada dirinya....dan terkini TGNA berkata konsep perpaduan dengan UMNO ditolak apabila realiti berlaku di Perak..Kata TGNA apa jaminan UMNO akan bagi kita jawatan penting dalam kerajaan????kita tak sama dengan indonesia dll,kita kena memahami fekh waqi'..Umno bila tersepit dia mula cai penolong bila dah selamat penolong ditendang itu UMNO melayu di Malaysia ini.....UMNO mesti di hapuskan kerana dasar nya salah ,tak perlu ajak muzakarah kerana dia lebih tahu apa yang dia nak...hanya K U A S A ....dapat kuasa tengok berlaku di Perak.....
betul2x
Jawapan pada Talaat
Saudara yang dirahmati..saya merasakan tindakan membuka blog ini amat wajar kerana terlalu banyak sudah blog2 yang telah menghina kepimpinan ulama' dan memutarbelit fakta yang sebenar..Adakah kita harus berdiam diri sahaja dengan fitnah ini?? seeloknya saudara menasihati terlebih dahulu empunya blog spt penarik beca, tulang besi, jiwokelate dll..sekiranya mereka berhenti dari membawa masalah dalaman ke alam blog ini saya yakin micelup juga akan menghentikan operasinya, sekiranya tidak, peperangan ini akan terus segar sehinggalah kebathilan n fitnah dimatikan..Fa'tadu 'alaihi bimislima'tada 'alaikum..
Profesional Prihatin
teruskan perjuangan demi keredhaan Tuhan...barakallahu fiikum,,,,salam bermuktamar
Mendelah korang mengarut ni... Selagi PAS tak lari dari dasarnya, aku tetap sokong PAS, biar sesape pun presiden...
Bagi aku, UMNO lebih dasyat dari selsema babi... penyakit berjangkit....
EEEEEeeeee... gelinya nak sebut nama UMNO....
salam...
ahlinpas sekalian....ana melihat blog ini tidak membawa sesuatu yang batil kepada jamaah .....ia suatu cara ....untuk mengmbalikan keamanan dalam jamaah....yang telah di porakperandakan oleh yang berasa bijak....
saya rasa anda perlu cadangkan dalam Muktamar PAS jun 2009 nanti pecat saja puak2 "perasit" @ "profesional micelup" @ "erdogan" - nih dari PAS. Sediakan senarai nama lengkap kepada Lajnah yang berkaitan untuk tindakan tegas & suci.
mereka2 nih amat hina lagi keji yang tiada berguna dalam PAS .....halau mereka sejauh2nya. ... agar perpaduan & ketenangan dalam PAS tercapai!
Kerana mungkin satu soalan akan ditanya kelak, apakah kamu pangkah ketua/wakil rakyat yang bersijil/ berijazah ilmu agama atau tidak? Nanti dicaj subahah pulak dengan puak2 "perasit" nih! Susah juaga... akan dituduh pula: minda, hati & lidah anda tidak sekata dengan tangan anda!
Sokong kepimpinan ulama. nak berjuang islam tapi tolak tepi ulama macamlah nak suruh orang jadi sihat tapi tolak tepi doktor. semua pejuang islam kena bersatu. xkira la apa status sekali pun. sokong perjuangan islam...
Tolong siarkan nama parasit seterusnya. Anual Bakri mana ada dalam senarai calon. Senang nak kempen. Buang jauh-jauh puak nih. Merosakkan PAS saja. Kalau boleh jadi wakil rakyat pun jangan- bagi kat ulama' saja. Senang nak jumpa rakyat setiap kali waktu solat dan boleh khutbah jumaat.
Aslmkm,
Sy rasa ni mcm tulisan SB politix ? Apakah wujud sedikit kritikan dan perbezaan pendapat terhadap pucuk pimpinan,api permusuhan sengaja dinyalakan?
Kalu mcm ni, mcm UMNO le yg x boleh kena kritik seket
Apa yang tuan tuliskan adalah pandangan peribadi dan dari sudut penglihatan mata tuan. Tuan adalah benar kerana di dalam politik tiada siapa yang salah. Setiap individu mempunyai pandangan peribadi dan di sandarkan dengan hujah dan dalil bagi menguatkan pandangan masing masing. Saya akui diri saya adalah bekas pegawai perisikan dan bila bersara menjadi ahli pas biasa sahaja. Setiap hari membaca semua laman laman sama ada yang pro atau anti yang ada di dalam berbagai laman waktu ini.
Apa yang ingin saya jelaskan, setiap kumpulan akan memberikan hujah mempertahan kebenaran yang menjadi lumrah pada setiap individu. Dari pengalaman saya, apa yang ingin di gunakan oleh UMNO dan BN bukan nya siapa yang benar atau salah, atau siapa yang sokong atau anti muzakarah, muqabalah atau selain nya tetapi UMNO dan BN melihat dimanakah faktor faktor yang menyamai keperluan mereka. Faktor faktor tersebut akan digunakan bagi mempengaruhi sesiapa jua bagi mencapai objektif nya.
Sebagai contoh: orang melayu tidak suka di kaitkan dengan babi, walau pun anjing juga haram, judi juga haram tetapi jangan di sebutkan babi. Bagi juga bangsa melayu... jangan di usik sekali pun tulisan dan bahasa melayu telah hilang. Unsur unsur sebeginilah yang mudah digunakan oleh mereka terhadap PAS terutama PAS Melayu dan bukan nya PAS Islam.
Letakkan lah dimana diri tuan berada, mau jadi PAS Melayu atau PAS Islam. Senjata ditangan, mau musnahkan PAS Melayu atau PAS Islam.. terserahlah. Saya nasihatkan musnahkan lah musoh musoh PAS Melayu dan PAS Islam. Kalau dah tak kenal siap musuh bagaimana mahu bertempur. tetapi sedia maklum ..Melayu memang kuat amuk.. semula jadi melayu mengamuk ... kemudian baru tersedar setelah cedera parah.
musuh dlm selimut lagi bahaya dr musuh terang-terangan.......
Musuh depan mata pun tak kenal macam mana pula nak tahu musuh dalam selimut........ cakap sedap tapi faham tak apa yang dituturkan tersebut dah jadi satu hal lain.
Post a Comment