Baca posting terkini. Sila skrol ke bawah.

Imej dicelup dari Harakahdaily.net

Antara Ulama & Profesional Dalam Pas - Analisis (4)

on Tuesday, May 26, 2009

Pertembungan Pro Ulamak-Profesional “Erdogan” Dalam PAS

Mengapa kini ada pertembungan ulamak dengan profesional? Benarkah semua profesional atau segelintir profesional yang digelar sebagai “Erdogan”[1] yang marahkan ulamak lalu bercadang untuk menggantikannya dengan “Kepemimpinan Islam?[2] Setelah meneliti sejarah gerakan Islam di Malaysia dan kaitannya dengan beberapa rangkaian gerakan Islam sedunia, maka dengan rendah diri dan sedikit ilmu yang ada, kita ingin bentangkan kepada PAS khususnya barisan Pemudanya yang barangkali tidak mengetahui sejarah gerakan Islam Malaysia,[3] mahupun pimpinan ulamaknya yang barangkali “terlupa” beberapa fakta yang telah kita bentangkan di atas.

Walaupun tahun 1999 memperlihatkan buat pertama kalinya gabungan mantap ulamak-profesional, jangan ada kalangan dari kalangan profesional itu sendiri yang mempunyai grand design yang lain. Fakta ini tidak dapat kita nafikan sebegitu sahaja. Bahang Muktamar semakin tiba. Buat pertama kalinya, desas-desus timbul pimpinan yang menawarkan diri bertanding dalam pimpinan PAS Pusat dikaitkan dengan politik wang. Hatta kenyataan Ketua Dewan Ulamak yang mengingatkan ahli supaya menjauhi politik wang telah dilaporkan oleh pimpinan yag terkenal sering berbaju kotak berpetak[4] supaya Ketua Dewan Ulamak diseret di hadapan Dewan Harian untuk membuktikan kenyataannya!

Jalan keluar kepada kemelut ini tidaklah begitu sukar pada hemat kami. Yang kami amat risaukan ialah, idea ini yang mula kedengaran tahun lepas diperkembangkan dengan hebat dan seolah-olah ada pakatan untuk meminggirkan peranan ulamak dalam PAS. Dalam hal ini, kami menyeru supaya:-

(i) Gagasan Kepemimpinan Ulamak dikekalkan sebagai benteng kekuatan PAS;

(ii) Gabungan mantap Ulamak-Profesional dipertingkatkan lagi;

(iii) Kerjasama PAS dengan rakan kongsi PKR dan DAP dalam rangka Pakatan Rakyat diteruskan berasaskan konsep “tahalluf as-Siyasi” yang telah kita gariskan;

(iv) PAS memperkemaskan tarbiyyah ahlinya ke arah persiapan mentadbir negara; dan

(v) PAS bersedia berbincang dengan mana-mana pihak atas dasar Islam dan dakwah demi kepentingan ummat Islam dan rakyat Malaysia amnya.

Dalam hal ini, bagi kalangan mereka yang mempunyai sebelah kaki dalam PAS dan sebelah kaki lagi dalam kumpulan yang lain yang terus menerus mendapat arahan yang bertentangan dengan keputusan Majlis Syura dan Pimpinan Tertinggi PAS sedia ada, sila buat keputusan muktamad – bersama dan menerima PAS sebagai satu-sataunya wadah yang diangggotainya atau meninggalkan PAS dengan cara baik dan menjadi rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat. Prinsip kita jelas – Anwar pun sekutu politik PAS dan Lim Kit Siang juga rakan kita dalam PR. Tapi kalau ikut arahan Anwar atau Lim Kit Siang terutamanya dalam keputusan-keputusan dasar melebihi arahan pimpinan kita, itu tak perlu pohon derhaka sebab PAS akan tahu dalam masa terdekat. Allah akan melindungi jamaah-Nya. Bukankah Allah sendiri sudah berjanji dalam surah al-Maidah, ayat 54 – 56? PAS akan memberikan kata dua. Kita pernah lakukan sebelum ini kerana kita tidak boleh lagi bertahan dengan perangai “musuh dalam selimut” atau “bertuankan” pimpinan di luar kepemimpinan Ulamak PAS sedia ada. Dan kita berani lakukan lagi.......


Selamat bermuktamar dan semoga Allah SWT

membuka semua hati kita, merapatkan saff kita semula

dan memberikan kekuatan kepada kita untuk

terus berjuang di jalan-Nya yang lurus.



Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Wallillahi’l-Hamd



______________________
[1] Istilah “Erdogan” merujuk kepada suasana perbalahan politik Islam kumpulan Erdogan dan Erbakan di Turki.

[2] Secara luarannya slogan “Kepimpinan Islam” nampak tiada salahnya, malah tiada jauhnya dengan “Kepimpinan Ulamak.” Namun jika dianalisis dengan teliti jauh di sudut slogan itu, ia boleh membawa maksud berikut: (i) Jika diterima, PAS mungkin akan mendapat seorang Presiden, Timbalan , AJK Pusat dan sebagainya pada masa akan datang daripada kalangan bukan ustaz dan ulamak kerana kepimpinan ulamak mengkhususkan pimpinan berada di kalangan ustaz dan mereka yang berpendidikan agama. (ii) Jika diterima, ulamak tidak akan memimpin PAS lagi kerana dilihat kurang berkeupayaan dan tidak profesional mentadbir negara/negeri (iii) Jika diterima, semua keputusan PAS akan digerakkan dan dilakukan oleh kalangan profesional dalam jangka panjang. Jika ada kalangan ustazpun, mereka ini ustaz yang boleh ikut arahan profesional. Siapakah profesional sebenarnya yang menasihati kalangan profesional lain dalam barisan pimpinan PAS sekarang supaya mengemukakan idea grand design seperti ini....? Idea ini masih disokong oleh sesetengah pimpinan negeri PAS. Sila lihat Siasah, 17- 23 Mei, hal. 16 bagaimana Dr. Hamzah Jaafar, YDP PAS Jerantut memberikan justifikasi kenapa perlunya kepimpinan Islam menggantikan kepimpinan ulamak.

[3] Atas kesedaran itulah kami bentangkan sejarah benar gerakan Islam di Malaysia secara ringkas yang dapat dipertanggungjawabkan berserta rujukan dokumen berkaitan.

[4] Pimpinan Pusat yang dimaksudkan ini dikatakan amat rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga IRC. Apabila timbul ejekan dalam pelbagai blog mengenai “sibaju petak” yang dikatakan terlalu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim, YB Dato’ Husam Musa timbul memberikan kenyataan akhbar, “berapa juta mereka yang berbaju petak-petak, bukan saya seorang!” Hairan juga, daripada beberapa juta orang yang berpakaian sebegitu, Husam seorang yang terasa......... Aneh juga!

8 comments:

Anonymous said...

rujuk blog penarikbeca - saya sokong dr haron din - apa yang disebut berkenaan usaha "menyelamat" paklah itu benar2 berlaku!

“memperkasakan pakatan rakyat dan membuka pintu perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO” adalah pernyataan secara tersirat supaya 'lorong' untuk "menyelamatkan" paklah terbuka seluas2nya!

hentikanlah kerja bodoh dan profesional konon!

mi intel

Anonymous said...

salam,
sayang seribu kali sayang, intel mcm sdr. boleh rujuk blog yang maki hamun orang apatah lagi hanya penyokong fasal 5 perlembagaan PAS, bukan ahli pun!. Bacalah apa-apa tulisan esp. yang mempunyai rujukan lengkap untuk buka minda. Fasal tu Allah letakkan darjat mereka yang tak mahu berfikir ibarat "al-An'am" bahakan lebih teruk daripada itu!
Pendukung Islam

Abuzar said...

Salam,

Nampaknya konsep "kepimpinan ulamak" dalam PAS telah dimanipulasi dan dijumudkan kepada fahaman dan takrifan yang sempit.

Kepimpinan ulamak hanya ditakrifkan sebagai "semua urusan dibuat/ didokong/ dikuasai oleh golongan ulamak saja". Sedangkan banyak bukti urusan kehidupan umum dilaksanakan oleh "orang soleh yang bukan ulamak" tetapi dibawah bimbingan para ambiya' atau ulamak. Ramai mereka2 yang soleh tapi bukan ulamak telah menunjukkan prestasi yang baik dan berkesan serta diredhai dalam sejarah kenabian dan Islam sendiri. Kesah pemuda asyhabul kahfi, kesah pemuda dengan tukang sihir dan rajanya, tokoh2 pejuang Islam yang bukan golongan ulamak, dan anyak lagi sebagai bukti. Mengapa kita perangkapkan minda kita dalam takrifan yang sempit?

Islam amat jelas dalam semua isu ...., percanggahan pendapat dan startegi pelaksanaan .. amat biasa berlaku. Waimma dizaman Rasulullah SAW dan para sahabat RA ..... mereka tidak dihukum secara fanatik sebagai anti-ulamak, atau anti-tokoh tertentu!

Dalam menjaga masalah ammah dan strategi siasah, kita mesti melihat kesan yang lebih besar dan utama. Bukan melihat kepentingan segelintir individu saja....

Para pimpinan PAS mungkin berhujjah antara satu dengan lain atas kehendak maqasid syariyyah ini ....

Mengapa kita terlalu su' uzzan dan amat mendendami setiap pimpin yang "dirasa tidak sebulu" tanpa melihat impak yang lebih besar kepada PAS, Islam dan Ummah?

Apakah sifat2 nafsu amarah seperti ini merupakan warisan para sidiqqin dan solehin?

Jika senario seperti berlanjutan, kemana hala tuju PAS selepas ini?

sembang haroki said...

abuzar,
kita boleh bersetuju tentang maqasid syariyyah ie matlamat syarak/Islam adalah maslahat. justeru tiada ada satu perintah syarak melainkan untuk maslahat manusia, dunia dan akhirat. dan tidak diutuskan Rasulullah melainkan rahmat untuk kesekelian alam.

Mustahil syarak bertujuan menyusahkan kita. Begitu juga syarak bersifat syumul merangkumi juga aspek politik dan ulama menyebut perilaku orang islam dalam berpolitik sebagai assiasah asysyr'iyyah.

soalan.
1) apakah hujah syarak sebahagian pemimpin pas menyokong usul tak percaya kepada pak lah yang dibawaoleh PKR? sedang ia belum diputuskan oleh majlis syura ulama? jangan sampaikita berkata bahawa soal strategi politik tidak berkait dengan kaedah2 syarak. nampak sangat jahil kita!

2. apakah hujah syarak sebahagian pemimpin (erdoganiyyun) menyokong agenda katak lompat 916 dsai?

3.apakah hujah syarak apabila terdapat pemimpin pas mencadangkan mengurangkan syariat dan melebihkan universal.? jangan sampai kita dikatakan jahil tukir bahawa ciri syariat islam itu adalah alami. dalam bahawa professional, universal. dan tidak diutuskan Rasulullah melainkan rahmat untuk kesekelian alam.

4. apakah hujah syarak menolak idea muzakarah?

5. apakah pengalaman pahit pas dengan amno lebih pahit lagi daripada pengalaman Arrasul dengan pembesar quraisy? justeru itu Arrasul masih boleh berbincang hingga terhasil perjanjian hudaibiyyah.

6.apakah yang kita faham tentang kaedah syarak dalam amalislami?

Anonymous said...

memimpin lain ,
melaksanakan lain ,

saya mahu pemimpin saya org yg berilmu agama ,
saya seorang profesional akan melaksanakan arahan ulamak selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam, kerana ulamak adalah pewaris nabi2, saya tak mau dipimpin oleh selain daripada ulamak, dalam surah al-anbiya ayat7 , Allah Ta'ala suruh tanya org yg berilmu , dan tiada org yang lebih paham tentang siasah syariah kecuali org yang ngaji syariah ,

dan di awal pemerintahan islam semua khalifah adalah di kalangan manusia2 yg sangat arif dengan syariah dan di kelilingi oleh org yang mcm mereka .

x logik langsung sebuah pertubuhan islam yang nak melaksanakan islam di pimpin oleh individu yg tidak pakar mengenai islam, nak baca buku arab pon tak paham , silap2 haribulan dia laksanakan benda lain dia kata benda tu islam ajaq ,

dan mungkin org boleh kata / berhujjah x semestinya pemimpin tu ulamak , dia boleh di bantu oleh ulamak , jawapannya simple saja - daripada kita dok tanya mereka(ulamak) baik kita suruh mereka pimpin kita, mudah kerja, kita buat kerja , mereka bagi arahan, dan kita pon merasa bangga kerana boleh berkhidmat di bawah pewaris nabi2- uiii bukan senang dapat peluang nie ooooo-

kemudian masalah yg paling besar ialah ketika membuat keputusan , siapa yg dapat menjamin keptusan yg dibuat oleh pemimpin yang x bukan dari kalangan ulamak adalah mengikut2 syariah islam , andaikan majlis penasihat menasihatkan seorang pemimpin tu melakukan A ( syarie ) , tp presiden kata saya nak buat B ( x syarie ) bukankah akan jadi kelam kabut , daripada dok susah2 camnie baik kita pilih ulamak , dan tak mungkin ulamak (yg betul2 ulamak la )akan berani langgar syariah secara sengaja ( kerana depa org yg paling takut kpd Allah Ta'ala - bukan saya yg kata tp Allah ta'ala yg firman - rujuk ayat 28 surah fatir )

Abuzar said...

Anom,

Saya setuju dengan sebahagian besar ulasan tuan. Tapi tak boleh nafikan jugak potensi profesional Islamis yang telah ditarbiyyah dengan ilmu Islam yang betul.

Saya tambah lagi contoh, kalau nak lantik Mufti, Qadhi syarie, Pensyarah Fiqh Islam/ Ilmu usuluddin/ Ilmu tasawwuf, Pakar Rujuk Syariee, .. perlu keahlian/ profesional dalam bidang Ilmu Syariyyah & ilmu2 dalam disiplinnya.

Kalau yang lain itu, mengikut keperluan dan keutamaan. ... imam solat, ketua urusan jenazah, amil zakat, ketua urusan baitulmal, amirul jihad, gobernor Bahrain (Bilal bin Rabbah), Amir Syam, Amir Misyri, ...... Pilih mukmin yang terbaik walaupun bukan ulamak.

Dalam PAS sudah ada Mursidul Am, Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak yang khusus untuk para ilmuan dan ahli dalam bidang ilmu syariah. Adapun yang lain dari itu adalah terbuka untuk semua ahli yang memiliki kualiti kepimpinan yang terbaik.

ATAU apakah jemaah Islam, khususnya PAS ini milik dan akan dihadkan kepada ulamak sajakah?

ATAU PAS anggap mereka bukan ulamak sebagai manusia kelas tiga dan "parasit" saja, tiada nilai disisi Allah?

Maksud AlQuran, Surat al-Hujarat, ayat 13: "Sesungguhnya yang lebih mulia disisi Allah antara kamu adalah yang belih bertaqwa".

Anonymous said...

Sedara Abuzar yang di kasihi,,,
memimpin adalah kerja nabi2 , dan tak yah kita berdolak dalik lagi nak bagi jawatan tu kpd selain daripada pewaris mereka

Jemaah Islam adalah milik org Islam keseluruhannya, semuanya tiada istisna langsung , tp yg memmimpin org islam hanyalah Nabi Muhammad S.A.W , kalaulah agama nie boleh di cari ngan akal, dengan eksperimen , dengan tesis2 , perbahasan , tiada gunanya pengutusan Rasul2 rujuk surah An-nisa ayat64. dan pemimpin umat islam selepas Rasulullah adalah pewaris dia la ,,takkan org lain kot ,

sahabat sendiri pilih org2 yang paling rapat ngan rasullah utk pimpin mereka , yg menguasai syariat islam , dan amir2 imarah islamiah yg di sebut saudara adalah daripada kalangan sahabat2 yg tinggi ilmunya , dan utk pengetahuan saudara kebanyakan sahabat2 baginda adalah ulamak ( sehinggakan dalam ilmu usul fiqh ada di perbahaskan adakah pendapat sahabat tu hujjah ataupon tidak )

saya dengan hormatnya menegaskan dgn penuh yakin bahawa golongan ulamak adalah pemimpin , ketua negara , presiden , timbalan dan dan jawatan2 penting dalam jemaah islam.

adapun hujjah saudara , adanya badan2 penasihat seperti M.A , D.U , M.S , adalah mencukupi tidak dapat di terima kerana
1- tidak dapat di nafikan kuasa presiden dan naib presiden di dalam memutuskan sesuatu perkara
2- para sahabat memilih kalangan ulamak utk memimpin mereka, dan mereka adalah contoh terbaik utk di ikuti , tak yah buat eksperimen , tak yah ambik risiko , kita ikut ja cara org2 yg di pilih utk menjadi sahabat Manusia Agung lagi telah terjamin keredhoan Allah Ta'ala kepada mereka

saya sangat hairan la dengan manusia2 yg terlalu rasa diri layak utk jadi pemimpin nie , sedangkan memimpin nie adalah bebanan berat, kalau tidak ada nas2 quran serta hadis dan practical sahabat2 , rasanya ulamak2 lah org yg paling menyepi diri dari jawatan2 nie ,,,

saya tidak tahu apakah spec seorang pemimpin di mata saudara ? , tp yg saya tahu dari quran dan hadis serta perlakuan sahabat , pemimpin mestilah dari kalangan ulamak2 , biarpon kadang2 tindakan mereka(pemimpin dari kalangan ulamak) yg berdasarkan hujjah yg paling mantap ( quran hadis ijmaq dan kias ) mendapat tentangan daripada manusia yg berhujjah berdasarkan maslahah , akal pendek , dll,,,,

adapun ayat surah hujurat tu , saudara hanya baca ayat tu saja , saudara adalah kalangan yg x mengambil quran sepenuhnya ( bahasa kasar utk menyedarkan diri sendiri dan org2 lain )

cuba saudara gandingkan ayat 11 surah mujadalah dengan ayat surah hujurat tu serta hadis " sesiapa yg Allah nak bagi kebaikan dia akan memberi kefahaman Agama kepada dia, tentu sekali akan jadi camnie = ulamak yg bertakwa lebih baik dari yg bukan ulamak yg bertakwa ,
/ org beriman yg alim agamanya lebih baik dari org beriman yg tidak alim tentang agamanya . menda simple tak yah pusing2 , baca satu quran pastu paham elok2 ,

di sinilah letaknya kepentingan kita di pimpin oleh ulama , saudara sendiri telah silap dalam menilai / meletakkan kaedah besar di dalam menilai krn kurangnya rujukan saudara/ketidakmampuan saudara memahami Al-quran ( saya seorang profesianal tp tanya org alim - sebab tu saya yakin x silap sebab hujah dia semua quran hadis )

kalau seorang profesional tu nak jadi pemimpin jemaah islam , dia kena belajaq la ilmu syariah , bila dah jadi ulamak , insyaallah Allah akan akan darjat dia , jadi pemimpin di kampung , atau di daerah atau negeri atau negara dan kemungkinan seluruh dunia ,

sekali lagi di tegaskan PAS ADALAH JEMAAH ISLAM MILIK SEMUA ORG ISLAM YG DI PIMPIN OLEH ULAMAK dan ditolong oleh golongon2 pakar yg ikhlas, ( seronoknya boleh tolong pewaris nabi2 niee )

PARASIT pula ialah org2 yg cuba nak merosakkan hakikat yg dah lama bertapak di dalam hati2 pejuang islam dari dulu dan sekarang.

beruntunglah golongan profesional yg berkhidmat dengan ikhlas di bawah pimpinan ulamak , moga2 mereka mendapat balasan yg tidak terhingga di akhirat nanti .

Abuzar said...

Anom,

terima kasih. maaf jika khilaf tuliskata. selamat bermuktamar.

Post a Comment