Salam dunia.
Terlebih dahulu, perlu diperjelaskan sedikit kenapa para ‘pembuat kerja-kerja bodoh’ itu harus didedahkan siapakah mereka. Bukan mahu menambahkan lagi kekusutan ini, tetapi qasad kami adalah untuk membuktikan kebenaran. Demi untuk menyelamatkan jemaah yang sama-sama kita kasihi ini dari terus dimamah dari dalam. Mereka yang pada tanggapan kami sebagai ‘parasit’ itu mestilah dikenal pasti dengan segera sebelum datangnya kemudaratan yang lebih serius kepada PAS.
Mungkin sesetengah pihak tidak bersetuju dengan tindakan nekad kami ini. Ada yang beranggapan bahawa kami adalah pem-batu-api antara puak-puak Erdogan dan golongan ulama. Barangkali ada juga yang mengatakan bahawa kami adalah agen pemecah-belah dalam PAS. Biar sejuta anggapan sekali pun, ketahuilah bahawa tindakan kami ini adalah untuk menyelamatkan parti. Para parasit yang tumbuh meliar itu mestilah dicantas secepatnya sebelum mereka menguasai dari umbi hingga ke pucuk.
Tidak seperti mereka, kami masih lagi memegang teguh dengan prinsip wala’ kepada pimpinan parti dalam perjuangan suci ini. Benar, dengan pendedahan yang kami akan buat ini mungkin ada kemudaratannya. Tapi bagi kami, inilah sahaja jalannya untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar dan parah sekiranya terus membiarkan para parasit itu terus bermaharajalela dari dalam. Lagi pun, langkah kami ini sudah pun mendapat ‘restu’. Moga Allah bersama orang-orang yang benar. Engkau maha Tahu ya Tuhan.
Muzakarah, muqabalah, dan unity goverment
Sekarang kami mulakan dengan serangan yang pertama. Pendedahan ini sangat berkait rapat dengan isu di atas, iaitulah mengenai muzakarah ataupun muqabalah yang timbul tidak berapa lama dahulu dan juga isu negara perpaduan yang masih lagi terasa bahang panasnya.
Kedua-dua isu tersebut dicetuskan oleh Tok Guru Haji Hadi, Presiden PAS. Yang menariknya, kedua-duanya juga ditentang dan dicanggah keras oleh Tok Guru Nik Aziz. Waktu itu media dan kumpulan parasit ini berhempas-pulas melagakan dua pimpinan tertinggi PAS itu. Tambah menarik lagi ialah apabila selang tidak berapa lama kemudian TGNA kembali menerima muzakarah dengan nama barunya muqabalah dan tidak lagi menghentam negara perpaduan. Kenapa kejadian sebegitu berlaku? Elok saja persoalan ini dihujamkan kepada parasit pertama iaitulah Annual Bakri Haron, S/u Politik TGNA. Seorang pendatang dalam PAS yang muncul ketika PAS berkuasa.
Muzakarah dan muqabalah sebenarnya satu benda yang serupa, cuma namanya sahaja yang berlainan. Sebetulnya, nama tersebut telah ditukar untuk menjaga kredibiliti TGNA yang telah dicalarkan oleh puak Erdogan. Muzakarah bermakna perbincangan, muqabalah pula bermaksud pertemuan. Bukankah untuk diadakan perbincangan perlunya pertemuan? Dan apabila berlakunya pertemuan, akan membawa kepada perbincangan? Bukankah begitu? Justeru, ia dua perkataan yang membawa maksud yang serupa. Ini semua terjadi adalah disebabkan feel jelek Annuar Bakri yang memutar-belitkan maksud muzakarah kepada TGNA. Apa yang digambarkan oleh beliau kepada TGNA konon-kononnya ‘muzakarah’ itu adalah perbincangan ataupun pertemuan yang akan menjadi rentetan kepada pergabungan antara PAS dan dan parti sekular UMNO itu.
Sebaik sahaja perjumpaan khas antara pihak Syura dengan TGNA di JKR 10 membincangkan isu muzakarah, maka TGNA bersetuju untuk berbincang (muzakarah) dengan sesiapa sahaja termasuklah UMNO. Tetapi dek kerana parasit ini busuk hati serta tidak mahu wujudnya pertalian mesra antara TGNA dan TGHH, selepas perjumpaan tersebut Annual Bakri terus memainkan peranan ‘jahat’nya agar persepakatan yang diambil oleh TGNA di JKR 10 itu dibatalkan.
Antara lain hujahnya ialah UMNO merupakan satu pertubuhan yang sesat dan mustahil untuk dibawa berbincang. Kerana tidak mahu melayan panjang karenah si parasit yang membelakangi keputusan Syura itu, TGNA terus menjawab, “Kalau anta tak puas hati, baik anta call saja pimpinan Syura”. Annual Bakri langsung menghubungi pimpinan ‘atasan’ Syura yang disebut oleh TGNA untuk mempengaruhi keputusan yang telah disepakati. Tetapi tanpa dijangka, pimpinan tersebut yang terkenal dengan sikap lemah-lembutnya itu telah memarahi beliau dengan kemarahan yang tidak diduga.
Beliau memburuk-burukkan imej TGHH di mata TGNA semata-mata untuk menghilangkan keyakinan TGNA terhadap TGHH. Beliau melaga-lagakan TGNA dengan ramai pimpinan yang pro-ulama, antaranya ialah Cikgu Mustafa Ali, Ust. Halim, dan juga TGHH sendiri.
Secara peribadi, beliau merupakan di antara bekas pegawai kanan di Kementerian Kewangan sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Beliau juga pernah bersama-sama dengan YB Dato’ Paduka Husam Musa semasa menuntut dalam bidang ekonomi di UM, malah turut bersama-sama menjadi aktivis pelajar. Jadi, hubungan ‘proksi’ mereka sudah lama terjalin dan begitu intim sekali.
Walaupun beliau merupakan mantan Presiden PMUM, namun beliau begitu ‘slow’ ataupun pasif dalam gerak-kerja parti. Pada kebiasaannya, mereka yang aktif berpersatuan di universiti, pasti akan bergiat cergas ketika di dalam parti. Tetapi, kenapa si parasit ini sedemikian itu pula halnya? Tengok, betapa liciknya beliau. Beliau hanya menjadi orang di belakang tabir sahaja di dalam PAS. Namun, beliau berperanan besar menyusun strategi dan mencaturkan pergerakan TGNA. Lebih menguntungkan lagi, apabila beliau dilantik sebagai S/u Politik TGNA.
Untuk mengukuhkan lagi tapaknya di belakang TGNA, beliau dengan sengaja merancana dan mempengaruhi TGNA agar sesiapa yang bertentangan ‘akidah’ dengannya dapat disingkirkan. Antaranya ialah Ustaz Wan Ismail Wan Yusof dan Ustaz Fauzi Zakaria, bekas S/u Akhbar TGNA. Beliau juga membuat cuplikan ataupun ‘pencurian’ karya yang ada kaitan dengan TGNA lalu menerbitkan buku-buku tersebut atas namanya. Semua itu adalah untuk menjulang nama beliau yang kononnya ‘low profile’ dan tidak inginkan jawatan dalam PAS.
Berkaitan unity goverment, apa yang ditakuti sangat jikalau pimpinan PAS membuka ruang untuk diadakan perjumpaan dengan pihak UMNO? Sedangkan semua (para pimpinan) sudah pun maklum dan tugas sudah diagih ke arah itu semasa dalam mesyuarat di peringkat pusat. Puak-puak Erdogan yang ‘tidak beriman’ dengan kepimpinan ulama ini sengaja mengwar-warkan separuh keputusan muktamar di Perak tahun lalu yang menyebut “perkasakan pakatan rakyat”. Walhal, keputusan penuh yang dicapai pada muktamar tersebut ialah “memperkasakan pakatan rakyat dan membuka pintu perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO”. Lihat, terang-terangan mereka berdusta. Mereka menipu kami. Menipu kalian. Menipu kita semua. Dan menipu para pejuang kebenaran di bumi Malaysia. Sebagaimana juga kita tertipu dengan hikayat 16 September yang didongengkan oleh sesetengah pihak tidak berapa lama dahulu.
Lebih malangnya lagi pabila wujud juga parasit (yang pastinya penjilat kumpulan Erdogan) yang sanggup mencelah di dalam sidang mesyuarat pusat lantas terang-terangan menyerlahkan sikap mereka yang langsung tidak memegang konsep dan peradaban wala’ kepada pimpinan. Mereka merupakan proksi Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dalam satu mesyuarat yang diadakan di peringkat pusat, dalam satu kes, puak-puak Erdogan ini lebih mengutamakan pandangan serta persetujuan DSAI pada menentukan sesuatu keputusan. Mereka hanya akan bersetuju dengan keputusan mesyuarat apabila DSAI terlebih dahulu menyetujuinya.
Dahsyat bukan? Hilang terus konsep al-wala’ di sanubari puak-puak Erdogan ini. Atau, mungkin wala’ mereka bertukar tangan kepada DSAI? Itu tidak dapat kami pastikan. Kalian lebih bijak menilainya. Mungkin DSAI pun tidak bersetuju dengan feel huduh mereka itu. Entah, hanya Tuhan dan diri mereka sendiri yang lebih arif. Pandanglah ke langit, kamu masih ada kesempatan untuk ‘kembali ke jalan yang lurus’.
Itulah sedikit al-kisah muzakarah, kerajaan perpaduan, dan perilaku ‘liar’ Annual Bakri. Memang begitu jelek sekali parasit ini bukan. Beliau dan beberapa orang lagi dari kerabat Erdogan ini bahu-membahu dalam merancang strategi menghuru-harakan parti dengan mencetuskan hubungan kurang mesra di antara TGNA dan juga TGHH. Sabar, nanti pada artikel seterusnya kami akan bongkarkan seorang demi seorang siapakah lagi golongan parasit yang digelar oleh kawan penulis sebagai ‘munafik’ itu.
Kita jumpa pada episod yang akan datang. Pasti lebih ‘menghiburkan’.

6 comments:
memang puak2 erdogan ni jahat...suka melaga-lagakan ulama'
Jangankan kamu percaya berita yang tidak pasti datangnya sumber tersebut.....
confius jugak....
benarkah begitu.... ??
nampak mcm betul dan perlu dihapuskan parasit...
Isu2 mat rempit, kerosakan sosial melayu Islam tak sempat nak fikir oleh pemimpin2 PAS kerana dok sebok dengan puak2 "edogan" & parasit ....
Walaupun ramai juga anak2 orang2 & pemimpin PAS yang terjebak...........dengan gejala kerosakan sosial ini!
Fungsi dakwah, tarbiyyah semakin pudar kerana kesibukan para "ulamak" dalan urusan duitan & siasi kuasa ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Nak harapkan puak "erdogan" buat usrah/tarbiyyah jauh sekali kerana tiada IJAZAH ilmu agama ........mana layak! Nanti dituduh pula bawa ajaran sesat ...........
"erdogan"2 keranamu PAS merudum ..............
Salam Dunia.... macam Salam Kamunting jer. Kenapa tak berani tonjolkan diri macam Salam Kamunting? Baru sahih semua cerita-cerita nih.
rujuk blog penarikbeca - saya sokong dr haron din - apa yang disebut berkenaan usaha "menyelamat" paklah itu benar2 berlaku!
“memperkasakan pakatan rakyat dan membuka pintu perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO” adalah pernyataan secara tersirat supaya 'lorong' untuk "menyelamatkan" paklah terbuka seluas2nya!
hentikanlah kerja bodoh dan profesional konon!
mi intel
abuazar begitu bersemangat menyindir ulama!!!
antara jasa erdogan yang amat dikenang ialah membenarkan amerika menggunakan bumi turki menghancur luluhkan iroq, walaupun fatwa pok syeikh2 besar seperti abdul karim zaidan, qorodhowir, abdullah ahdal, faisal maulawi dsb, ianya adalah haram.
Post a Comment