Baca posting terkini. Sila skrol ke bawah.

Imej dicelup dari Harakahdaily.net

Haji Wan Rahim & Fatah Harun Perlu Letak Jawatan.

on Tuesday, July 14, 2009

Pilihanraya Manik Urai sememangnya sengit. Umno bertungkus lumus untuk memenangi pilihanraya tersebut berbeza dengan pilihanraya kecil sebelum ini. Jika UMNO menang, jangan salahkan kejahatan UMNO sebab UMNO sememangnya jahat. Pilihanraya sebelum ini dan dalam keadaan trend masyarakat yang bencikan UMNO, pilihanraya kecil sebelum ini menyaksikan kemenangan parti pembangkang hatta di kawasan UMNO seperti di Kuala Terengganu.

Sememangnya kita harapkan dan mahukan PAS memenangi pilihanraya tersebut, tetapi kebimbangan tetap menghantui diri akibat kes-kes yang berlaku.

Kenapa Wan Rahim Dan Fatah Harun perlu bertanggungjawab?

Keduanya perlu bertangungjawab justeru mereka punca kepada kekalutan dan kekecohan dalaman yang berlaku dalam tempoh pilihanraya. Perhatikan rentetan tersebut:

1. Memberikan amaran bahawa golongan pro kerajaan perpaduan jangan turun berkempen di Manik Urai. Kenyataan ini seolah-olah kenyataan daripada TG Nik Aziz. Padahal merekalah yang memulakannya.

2. Membuat kenyataan yang sehingga dipetik oleh musuh bahawa Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak dibenarkan turun ke Manik Urai. Kenyataan ini mengelirukan orang ramai termasuk jentera dan pengundi sendiri yang hilang keyakinan kepada PAS akibat dilihat bergaduh sesame sendiri.

Dua isu ini cukup besar dan memberikan kesan yang negatif kepada jentera dan pengundi di Manik Urai itu sendiri.

Kenyataan ini sebenarnya menunjukkan:

1. Sikap takabur dan sombong seolah-olah Kelantan kuat dan meremeh-remehkan tenaga luar. Ini adalah sifat para juhala’ yang baru masuk Islam yang menjadi punca kekalahan dalam peperangan Hunain. Juhala’ bawahan yang bersifat ego dan sombong sehingga lupa bantuan daripada Allah boleh menjadi punca kekalahan Hunain, apatalah lagi jika juhala’ yang bersifat sombong menjadi pemimpin atasan dan master mind pilihanraya sendiri.

2. Kemenangan kita adalah anugerah dan pertolongan Allah, sifat ego dan sombong dan lupakan kemenangan daripada Allah adalah penghalang kepada kemenangan gerakan Islam.

3. Kenyataan ini bersifat dendam peribadi akibat kesan pemilihan parti baru-baru ini. Ini kerana, masyarakat umum, jentera diperingkat bawah, menengah dan atasan tidak melihat isu kerajaan perpaduan dan isu Ustaz Nasharudin sebagai isu besar. Ini termasuk juga TG Nik Aziz yang sebenarnya meminta Ustaz Nasarudin turun ke Manik Urai.

Maka dengan sifat ego politik, merasa hebat, berdendam dengan musuh peribadi dari kalangan ahli jemaah parti menjadi punca kepada kekalahan di Manik Urai.

Justeru itu, apa lagi sebab untuk dua insan ini untuk tidak meletak jawatan?

Parasit Ketiga

on Tuesday, June 23, 2009


Salam dunia.

Orang yang berada dalam bulatan pada gambar di atas ini tergolong juga dalam Parasit. Bukan yang lelaki itu, tetapi perempuan (muslimat?) yang berhimpit mesra di sebelahnya. Semua kenal dia bukan? Beliau adalah YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja. Beliau merupakan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat yang dilantik secara ehsan.

Tak perlu saya mengulas lebih lanjut mengenai parasit ini. Gambar di atas boleh menjelaskan mengenai perjuangan, fikrah, dan segalanya. Gambar ini saya terjumpa di sini. Sesekali, saya terasa macam gambar ini telah diedit. Tapi jangan risau, untuk merungkaikan persoalan ini baik tuan-puan tanya sahaja di blog asal saya ambil gambar itu, atau lebih afdhal lagi jika tuan-puan menghubungi beliau sendiri di talian ini: 019-2361 889.


Pssttt: Apa komen JAIS ya?

Santai: Artikel Copy-Paste

on Saturday, June 20, 2009


Salam dunia.



Tadi semasa saya merayau-rayau melihat perkembangan pro-kontra 'kerajaan perpaduan' di lorong-lorong siber, saya tersampai ke blog ini, ibnuzack. Saya tertarik pada satu artikel yang disiarkan mengenai kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh TG Presiden. Saya rasa molek sekiranya saya siarkan artikel itu di sini untuk sama-sama dikongsikan dengan pembaca micelup. Moga ada manfaatnya. Selamat membaca.

Artikel tersebut bertajuk: Kerajaan Perpaduan, Siapa Celaru?
_______________________________________________________


Assalamu'alaykum..

Kalaulah mahu dihitung kezaliman BN kepada seluruh rakyat Malaysia, barangkali tidak ada kalkulator yang mampu menjumlahkannya. Semua orang sedar hakikat itu. Seorang saudara saya mengalami sakit jiwa apabila bapanya dimasukkan ke dalam tahanan tanpa bicara atas sebab yang tidak pernah dibuktikan hingga ke saat ini. Duit yang sepatutnya diguna untuk membangunkan negeri saya, dirampas atas nama ehsan dan tidak pernah dipulang hingga ke hari ini. Kesan kekasaran FRU pula mengekalkan kesan di badan saya selama beberapa hari.

Pendek kata, cukup banyak.

Jesteru itu memang saya membenci BN. Parti ini berada di tempat ke 3 selepas Zionis dan Amerika pada kebencian saya. Jesteru, jangan ada sesiapa yang gatal mulut menyebut tentang perpaduan dengan mereka ini. Jangan ada sesiapa yang cuba menjadi najis dan memperdekatkan kita dan mereka ini. Mereka tidak layak diperdekat, dan mereka tidak layak disalami sedang tangan mereka masih berbau darah Memali.

Namun apabila Tuhan menyebut "Wa ta'a wanuu 'alal birri wat taqwaa" iaitu "Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa" dan "Wala Yajrimannakum syana aanu Qaumin 'alaa alla ta'dilu" bermaksud "Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum, menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka" (Al-Maidah), maka tolong bagitahu saya bagaimana saya nak melawan Tuhan dalam perkara ini? Saya tidak reti dan tidak diajar bagaimana. Saya bertalaqqi beberapa kitab dan membaca beberapa yang lainnya, bermula Fiqh Awlawiyyat dan berakhir Mafahim Yajibu An-Tusohhah (belum habis), saya tidak jumpa satu mukasuratpun untuk bagaimana saya boleh melawan Tuhan dan Tuhan redha akan perbuatan saya itu. Saya tidak jumpa.

Disebabkan saya tidak reti melawan itulah barangkali Dewan Muslimat tidak mendesak JAKIM untuk menyiasat dan mengharamkan saya jika terbukti bersalah sepertimana yang diusul mereka kepada sebuah pertubuhan feminis-liberal. Ya, barangkalilah..

Apa yang membezakan ahli jemaah Islam dan jemaah biasa adalah kita tidak pernah diajar untuk meletakkan emosi kita mengatasi iman dan fikiran kita dan akhirnya memandu perbuatan kita. Kita diajar untuk menjadikan iman menguasai fikiran dan fikiran itu menguasai perbuatan kita. Meletakkan emosi dan amarah hanya mengakibatkan wujudnya ketidak rasionalan dalam pendapat dan tindakan kita.

Benar mereka pernah zalim kepada kita ketika mereka kuat. Mereka pernah enggan berunding dengan kita tatkala kita lemah dan tiada daya. Tetapi jika kita yang kuat pada hari ini enggan berunding dan menyelamatkan mereka yang sudah lemah daripada terus hanyut dengan dunia mereka dan kemudiannya akan memusnahkan negara, maka kita bukan sudah sama dengan mereka.... tapi kita adalah mereka!

Ada orang menulis menolak 'unity government' ini dengan kejadian 1977 dan dalil 'Orang mukmin itu tidak akan dipatuk ular 2 kali di lubang yang sama'. Namun, unity government terlalu berbeza dengan coalition government yang dibentuk 35 tahun lalu. Ia diperjelaskan sendiri oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di blognya dan ditambah syarat-syarat pembentukannya oleh Tuan Guru beberapa detik tadi.


Antara Kerajaan Perpaduan dan Projek 16 September

Lantas pastinya sesetengah akan mempersoalkan, mengapa terlalu lambat mengeluarkan syarat dan kenyataan? Mengapa ditunggu sehingga retak jemaah baru membetulkan keadaan?

Saya masih merasai gegaran 16 September tahun lepas. Sepertimana Unity Government, 16 September juga berkongsi matlamat serupa; membetul dan memandu negara ke arah yang sempurna.

Saat itu pernahkah kita didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan strategi pembentukannya, syarat-syarat (tawaran) kemasukan ahli lompatnya, kedudukan ahli lompat dalam kabinetnya hatta siapakah Timbalannya?!. Tidak ada.

Kenapa?

Kerana politik adalah seni serba mungkin. Politik adalah seni menggoda. Politik juga adalah seni perang. Tidak ada jeneral yang memberitahu strateginya kepada para tentera tatkala telinga musuh tertadah di sebelah. Itu jeneral tak mumayyiz namanya.

Apabila DSAI mengumumkan 16 September, tidak ada seorang pun antara kita yang menganggap itu cubaannya yang mahukan kuasa walaupun umum tahu dia akan jadi PM jika PR memerintah. Tetapi apabila Tuan Guru Presiden menggagaskan 'Unity Government' kita anggap dia nyanyuk dan gila kuasa padahal kita tak tahupun kalau jadi pelan itu Tuan Guru akan jadi siapa.

Apabila DSAI berahsia tentang strategi 16 Septembernya, kita anggap itu taktik dan tindakan politik matang. Apabila Tuan Guru berahsia tentang strateginya, kita anggap dia pembohong, lembap dan patut diludah mukanya.

Begitu juga apabila tarikh itu berlalu, DSAI semakin tidak menyebut tentang 16 September. Dan kita mentaatinya dengan tidak berbicara lagi tentangnya kerana kita tahu itu bisa menggugat perpaduan antara parti komponen dalam PR. Kita sanggup bertindak lebih jauh dengan membelasah siapa juga yang cuba mempertikaikan kejayaan 16 september walaupun semua orang tahu tokoh itu betul dalam tekaan politiknya. Tetapi apabila Dato Mustafa Ali meminta kita jangan mempolemikkan 'Unity Government' kkerana ia mengocak keamanan dalam parti, kita anggap dia cuba menutup pelan busuknya. Walhal rayuan tokoh ini selari dengan kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah di blog suaminya.

Kenapa kita husnuzzon (sangka baik) pada tokoh luar dan syirruzzon (sangka buruk) pada tokoh sendiri?

Saya tidak marah atau tersinggung bilamana kita semua mentaati dan menyanjung DSAI sebegitu rupa; kerana saya adalah salah seorang dari kelompok itu juga. Saya mengkaguminya sebermula gelaran TPM melekat di dadanya.

Tetapi saya pelik dan jijik bilamana kita sanggup menumpahkan taat setia seorang pemimpin yang berada di luar jemaah tetapi dalam masa yang sama kita memijak dan menyepak kepala pemimpin jemaah kita sendiri sampai lunyai!

Saya tidak harap kita mampu jadi seperti sahabat Nabi, yang mana mereka tidak mempersoalkan tindakan baginda sebaliknya sentiasa menyebutkan "Allah dan Rasulnya lebih tahu". Saya tidak mampu harap ketaaatan sebegitu. Mimpi sahaja. Kerana Rasulullah jauh lebih indah daripada Tuan Guru dan kita jauh lebih hina dari tapak kaki para sahabat. Tetapi bukankah Allah menyebutkan; "Laqod kaana fi qososihim 'ibratun li ulil albab"? (Sesungguhnya dalam kisah-kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang yang berakal).

Tidak adakah sedikitpun pelajaran daripada kisah itu kepada kita yang dikurniakan akal ini?

Percayalah bahawa Islam itu tertegak melalui jemaah. Jemaah itu tidak boleh wujud tanpa bai'ah (sumpah setia). Bai'ah tidak ada nilai tanpa wala' (ketaatan). Wala' tidak boleh terbina tanpa thiqah (kepercayaan). Dan thiqah tidak boleh hidup tanpa sabar.

Yaa ayyuhal laziina aamanusta'iinu bissobri wassolah.

(Wahai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu)


Hati-Hati dengan 'Akhbar Online'

Saya sempat hadir dalam Muktamar Tahunan PAS pada 2 hari terakhir. Hari pertama (Jumaat), saya tidak hadir atas sebab tugas.

Dalam ucapan dasar Presiden no 8, jelas disebutkan bahawa agenda PAS adalah memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya PAS mempunyai sikap terbuka untuk bertemu sesiapa sahaja demi kepentingan Islam dan rakyat negara ini. Pendirian yang sama diulang lagi dalam ucapan penutup. Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kemudiannya mempertegaskan pula pendirian itu dengan kenyataan bahawa 'tidak ada niat untuk membawa PAS bersama UMNO'.

Saya fikir kenyataan ini sudah jelas. Saya tidak kisah bilamana ada media perdana masih dungu melaporkan 'Hadi mahu bergabung dengan UMNO'. Sebab itu memang kerja mereka. Tetapi apabila media alternatif memainkan isu serupa maka saya cukup kilan.

Kerana media ini dipercayai oleh teman-teman kita. Akhirnya wujudlah statement kebudak-budakan seperti "PAS mahu main kahwin-kahwin dengan UMNO" atau "PAS seperti anak dara yang merelakan diri dirogol mat-mat rempit bernama UMNO". Peliknya apabila PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR demi kebaikan dan keadilan, tidak pula wujud statement "PAS seperti anak dara yang menyerahkan daranya kepada anak teruna" atau apabila ABIM cuba menyatukan PAS dan UMNO pada zaman Almarhum Us Fadhil Noor dahulu, tidak juga dikata "ABIM umpama bapak ayam yang cuba menjual anak dara kepada mat rempit!"

Ini sedang berlaku. Dan bayangkan jika amarah dan emosi yang dijana hasil laporan songsang media yang selama ini kita anggap kawan merebak, bukankah saat itu pecah belah bahtera yang kita layari sekarang?

Begitu juga apabila media sama melaporkan kononnya 3 naib Presiden menolak cadangan Presiden. Sedangkan hakikatnya Tuan Ibrahim cukup terbuka dan bersama Presiden dalam hal ini.

Hal sama juga berlaku bilamana mereka 'tiba-tiba' menjadi condong kepada Datuk Paduka Husam Musa dengan mempertikaikan perlantikan Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden dengan alasan beliau tiada sokongan majoriti (Lebih 50%). Tetapi apabila 52% tidak turun mengundi di Penanti, tidak ada pula yang gatal-gatal mengandaikan 52% itu bersama BN memboikot PRK.

Bukankah sama dengan perangai Utusan Malaysia yang 'tiba-tiba' condong kepada Us Nasharuddin?

Jesteru kenapa hal ini berlaku?

Ahh.. jika wujud kerja-kerja bodoh dalam PAS, tidak mustahil kerja-kerja bodoh tidak wujud dalam pihak lain.

Saya tidak mengatakan kita harus boikot akhbar-akhbar ini. Tapi saya kira kita wajar menganalisis dan merasionalkan pemikiran dengan mengambil kira sepenuhnya sumber parti yang asas (Harakah) agar tidak mudah musuh memecah belahkan kita. Seimbangkan pembacaan dan teguhkan konsep tarbiyyah yang kita terima.

Kerana perjuangan ini penuh liku dan sukar. Tidak ada kesenangan. Percayalah kerana Nabi sendiri menyebutkan bahawa 'Akan datang suatu zaman di mana umatku memegang agamanya sepertimana dia memegang bara api'

Rabbanaftah bainana wa baina qaumina bil haq. Wa anta khairul Faatihiiin.

Ya Allah Tuhan kami, bukakan antara kami dan antara kaum kami dengan kebenaran. Kerana Engkau sebaik-baik pembuka.

Ameen


iBNuZaCK: Dan Allah Maha Mengetahui.

Tok Guru Diratah Parasit

on Friday, June 19, 2009


Salam dunia.


Sedikit definisi tentang salam dunia. Salam memberi makna kesejahteraan, keamanan, kedamaian, harmoni, sentosa, kerukunan, dan sewaktu dengannya.

Dunia pula diertikan dengan alam fana, bumi yang tidak kekal, kehidupan, bidang, lapangan, dan seumpamanya.

Justeru, ia memberi kefahaman bahawa pengucapan ‘salam dunia’ menghendakkan kepada keamanan mahupun kedamaian buat alam jagat dan dunia yang kita diami. Cita-cita tersebut tidak mustahil kerana ia pernah direalisasikan di era pemerintahan Rasulullah SAW dan pemimpin-pemimpin Islam terdahulu.

Bagaimana ia berlaku? Rahsianya ialah dengan PERPADUAN. Ya, perpaduan dari segenap penjuru. Perpaduan yang berteraskan Islam pastinya.

_______________________________________________________________________


Apa nak dikata lagi apabila TGNA sudah ‘semacam’ makin lantang menentang kerajaan perpaduan? Tidakkah dengan menentang idea kerajaan perpaduan (ya, baru hanya idea) boleh diertikan dengan menutup pintu perbincangan? Apabila pintu perbincangan telah ditutup, justeru di manakah pula ruang dakwah hendak diletakkan?


Yang paling mengujakan saya ialah, isu panas juak ‘erdogan’ tiba-tiba sahaja telah lenyap di bibir media, ditenggelamkan oleh ‘kerajaan perpaduan’. Kenapa agaknya? Adakah rentetan tersebut hanya secara kebetulan? Ataupun ia adalah percaturan yang telah dirancana? Arakian, apakah yang berlegar di minda tuan-puan sekarang?


Benar, apa yang terjadi ini bukanlah satu kebetulan. Hatta sekecil kejadian pun tidak berlaku secara kebetulan, inikan pula persoalan besar yang melibatkan siasah gerakan Islam. Umum telah mengetahui bahawa telah wujud bibit kepuakkan di dalam PAS. Dua golongan yang paling terserlah, iaitu golongan yang mempertahankan gagasan idea TG Presiden berkenaan kerajaan perpaduan dan satu golongan lagi ialah puak-puak yang menentang secara buta dan keji idea kerajaan perpaduan tersebut.


Penentangan itu didalangi oleh kuncu-kuncu erdogan dengan berselindung di sebalik batang tubuh TGNA yang kian lemah di mamah usia. Kasihan kepada TGNA, tok guru yang dikasihi ramai itu, beliau menjadi mangsa keadaan. Mangsa kepada kuncu-kuncu erdogan. Iya la, kalau mahu melawan secara berdepan, adat kata memang tidak berkemampuan. Saya yakin tiada seorang pun akan mendengarnya. Kerana itu mereka melawan dengan mempergunakan title tok guru. Agar mudah mendapat perhatian dan sokongan.


Kenapa saya menggunakan perkataan buta dan keji kepada menyifatkan penentangan terhadap idea kerajaan perpaduan? Insya-Allah saya akan perjelaskannya (kerana saya bukan daripada spesis erdogan yang pandai berselindung dengan memutar-belitkan fakta).


Jawapannya mudah, saya meminjam kalimah buta adalah disebabkan penentangan yang dicipta oleh parasit-parasit tersebut tidak berlandaskan asas yang betul dan benar, jauh sekali mengikut syarak. Mereka dengan sengaja membuat seolah-olah tidak faham dengan penjelasan kerajaan perpaduan oleh TG Presiden. Bahkan, mereka memutarkan penerangan daripada TG Presiden.


Keji pula adalah kerana para parasit ini sanggup mempergunakan (baca: memperkudakan) seorang ulama terkemuka hanya demi memenuhi agenda nafsu serakah mereka dalam mengejar pangkat dan darjat. Paling dahsyat, mereka rela menggadaikan konsep wala’ dalam gerakan Islam. Tinggal tidak menggadaikan prinsip saja lagi. Kalau tidak, mereka sudah layak dihenyak dan dihumban bersama batu-batu jahannam.


Mari sama-sama kita fikirkan mengenai satu persoalan yang saya akan kemukakan di bawah.


Idea kerajaan perpaduan tersebut dicetuskan oleh TG Presiden tidak berapa lama dahulu. Pada peringkat awalnya agak panas juga isu ini diperkatakan orang, tetapi ia tidak berlarutan. Selepas itu senyap bagaikan tenggelam. Tidak lama kemudian, menjelang muktamar tahunan ke-55 pada awal Jun lepas, isu ini berbangkit kembali. Semakin hari kian panas. Sehingga ke hari ini, ia sudah pun menggelegak. Tidak nampak lagi petanda ia akan sejuk dan tenang semula.


Adakah tuan-puan perasan, isu ini semakin panas dan hebat bertelagah selepas muktamar berakhir? Sesudah berakhirnya muktamar sehinggalah ke hari ini, isu tersebut kian meruncing. Benarkan?


Adakah tuan-puan perasan juga bahawa serangan isu kerajaan perpaduan itu lebih hebat dihujamkan kepada Timbalan Presiden, YB Ust. Nasa? Idea asal oleh TG Presiden, tapi yang dibantai ialah Ust. Nasa. Yang dikecam supaya meletak jawatan parti dan Ahli Parlimen ialah Ust. Nasa. Yang dihambat supaya keluar PAS masuk UMNO ialah Ust. Nasa. Kenapa bukan TG Presiden? Di sinilah timbul persoalannya.


Kenapa? Adakah tuan-puan masih tidak perasan kenapa berlaku sebegini? Kebetulankah? Tidak, sama sekali tidak. Ini adalah kebetulan yang sudah dirancanakan. Mungkin parasit ini terlepas pandang bahawa perancangan mereka kali ini sudah terkoyak, dan sudah dapat diintai. Baunya pun sudah dapat dicium.


Ia sangat berkait rapat dengan perjalanan dan juga pemilihan yang berlangsung dalam muktamar pada awal Jun yang lalu. Ia adalah perlakuan parasit yang buta dan keji itu.


Saya berhenti setakat ini dulu pada kali ini. Kalau kelapangan, saya mahukan jawapan daripada tuan-puan sendiri. Tuan-puan dialukan meninggalkan komen di sini. Saya pasti tuan-puan tidaklah buta semacam mereka, para parasit itu.


Saya menunggu respons daripada tuan-puan.


Parasit Kedua

on Thursday, June 11, 2009


Salam dunia.

Maaf kerana kami tidak meneruskan sambungan artikel 'parasit' ini sebelum berlangsungnya muktamar tahunan PAS baru-baru ini. Pertamanya kerana kami lagi sibuk dengan persediaan untuk bermuktamar (baca: kerja keras untuk menjatuhkan 'parasit erdogan'). Dan keduanya kerana ingin melihat sendiri bagaimana reputasi parasit kedua ini dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.

"Hentikan dulu tulisan kau, pasal nampaknya 'dia' akan jatuh dalam pemilihan nanti." Kata seorang sahabat kepada saya minggu lepas.

Siapakah lagi parasit ataupun yang disifatkan antara 'pembantu yang sesat' oleh anakanda TGNA itu? Ya, pastinya itu bukan satu teka-teki lagi. Dia sudah pun tersungkur pada pemilihan jawatan kedua tertinggi parti dalam muktamar ke-55 minggu lepas.
Dia adalah Datuk Paduka Husam Musa, seorang yang segak dan termasyhur dengan baju kotak-kotaknya. Juga antara orang yang penting dalam susun atur kerajaan PAS negeri Kelantan Darul Naim.

Kasihan kepada Datuk Husam, rupanya dengan berpikul wang yang ditaburkan, juga usaha mesra melobi para perwakilan, hanya mampu memberi pulangan yang sangat TIDAK berbaloi. Beliau kalah teruk di tangan penyandang popular, Ustaz Nasa dengan hampir 300 majoriti. Walaupun Abang Mad Sabu lebih rendah jumlah undian yang diperolehi berbanding Datuk Husam, namun secara halusnya Datuk Husam lebih bermuram durja dengan kekalahan ini. Lihat sahaja kepada wajah beliau selepas keputusan diumumkan. Ini kerana Datuk Husam begitu mengharapkan jawatan tersebut untuk meneruskan pakatan jahat puak erdogan bagi mengambil-alih organisasi Islam terbesar di Malaysia (PAS).

Walaupun Datuk Husam tersungkur dari pemilihan Timbalan Presiden, namun masih ada lagi saki baki parasit yang berakidah erdogan ini yang masih menjalar di dalam batang tubuh PAS di peringkat pusat. Daripada AJK biasa hinggalah kepada Naib Presiden. Termasuklah Datuk Husam sendiri yang sudah dilantik oleh TGHH sebagai AJK.

Saya doakan agar dengan kepercayaan yang masih lagi diberikan, dapatlah kiranya menyedarkan para parasit ini supaya 'sudah-sudahlah' dengan kerja-kerja bodoh kalian itu. Ikhlaslah dalam perjuangan kalian. Jangan berjuang kerana pangkat, kerana harta benda, kerana pujian, dan kerana nafsu. Kelak, kalian juga yang akan menanggung sengsaranya.

"Kita adalah satu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Tanpa Islam, maka hina-dinalah kita"

Ingatlah kata-kata bernilai Sayidina Abu Bakar As-Siddiq itu wahai semua pejuang Islam. Wahai Husam dan kuncu-kuncu erdogan. Kembalikan kesetiaan kalian kepada pimpinan. Jangan hanya pandai tunduk-patuh-taat kepada 'orang itu'.

Maaf, saya tidak sempat untuk mengulas lebih panjang. Kepada pembaca, saya syorkan juga anda ke sini

Menunggu Posting Seterusnya

on Wednesday, May 27, 2009

Keratan kenyataan di bawah dipetik dari posting di bawah yang bertajuk Antara Ulama & Profesional Dalam Pas - Analisis 4.

"Pimpinan Pusat yang dimaksudkan ini dikatakan amat rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga IRC. Apabila timbul ejekan dalam pelbagai blog mengenai “sibaju petak” yang dikatakan terlalu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim, YB Dato’ Husam Musa timbul memberikan kenyataan akhbar, “berapa juta mereka yang berbaju petak-petak, bukan saya seorang!” Hairan juga, daripada beberapa juta orang yang berpakaian sebegitu, Husam seorang yang terasa......... Aneh juga!
  • Adakah beliau yang merupakan parasit kedua? Sama-sama kita tunggu...

Antara Ulama & Profesional Dalam Pas - Analisis (4)

on Tuesday, May 26, 2009

Pertembungan Pro Ulamak-Profesional “Erdogan” Dalam PAS

Mengapa kini ada pertembungan ulamak dengan profesional? Benarkah semua profesional atau segelintir profesional yang digelar sebagai “Erdogan”[1] yang marahkan ulamak lalu bercadang untuk menggantikannya dengan “Kepemimpinan Islam?[2] Setelah meneliti sejarah gerakan Islam di Malaysia dan kaitannya dengan beberapa rangkaian gerakan Islam sedunia, maka dengan rendah diri dan sedikit ilmu yang ada, kita ingin bentangkan kepada PAS khususnya barisan Pemudanya yang barangkali tidak mengetahui sejarah gerakan Islam Malaysia,[3] mahupun pimpinan ulamaknya yang barangkali “terlupa” beberapa fakta yang telah kita bentangkan di atas.

Walaupun tahun 1999 memperlihatkan buat pertama kalinya gabungan mantap ulamak-profesional, jangan ada kalangan dari kalangan profesional itu sendiri yang mempunyai grand design yang lain. Fakta ini tidak dapat kita nafikan sebegitu sahaja. Bahang Muktamar semakin tiba. Buat pertama kalinya, desas-desus timbul pimpinan yang menawarkan diri bertanding dalam pimpinan PAS Pusat dikaitkan dengan politik wang. Hatta kenyataan Ketua Dewan Ulamak yang mengingatkan ahli supaya menjauhi politik wang telah dilaporkan oleh pimpinan yag terkenal sering berbaju kotak berpetak[4] supaya Ketua Dewan Ulamak diseret di hadapan Dewan Harian untuk membuktikan kenyataannya!

Jalan keluar kepada kemelut ini tidaklah begitu sukar pada hemat kami. Yang kami amat risaukan ialah, idea ini yang mula kedengaran tahun lepas diperkembangkan dengan hebat dan seolah-olah ada pakatan untuk meminggirkan peranan ulamak dalam PAS. Dalam hal ini, kami menyeru supaya:-

(i) Gagasan Kepemimpinan Ulamak dikekalkan sebagai benteng kekuatan PAS;

(ii) Gabungan mantap Ulamak-Profesional dipertingkatkan lagi;

(iii) Kerjasama PAS dengan rakan kongsi PKR dan DAP dalam rangka Pakatan Rakyat diteruskan berasaskan konsep “tahalluf as-Siyasi” yang telah kita gariskan;

(iv) PAS memperkemaskan tarbiyyah ahlinya ke arah persiapan mentadbir negara; dan

(v) PAS bersedia berbincang dengan mana-mana pihak atas dasar Islam dan dakwah demi kepentingan ummat Islam dan rakyat Malaysia amnya.

Dalam hal ini, bagi kalangan mereka yang mempunyai sebelah kaki dalam PAS dan sebelah kaki lagi dalam kumpulan yang lain yang terus menerus mendapat arahan yang bertentangan dengan keputusan Majlis Syura dan Pimpinan Tertinggi PAS sedia ada, sila buat keputusan muktamad – bersama dan menerima PAS sebagai satu-sataunya wadah yang diangggotainya atau meninggalkan PAS dengan cara baik dan menjadi rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat. Prinsip kita jelas – Anwar pun sekutu politik PAS dan Lim Kit Siang juga rakan kita dalam PR. Tapi kalau ikut arahan Anwar atau Lim Kit Siang terutamanya dalam keputusan-keputusan dasar melebihi arahan pimpinan kita, itu tak perlu pohon derhaka sebab PAS akan tahu dalam masa terdekat. Allah akan melindungi jamaah-Nya. Bukankah Allah sendiri sudah berjanji dalam surah al-Maidah, ayat 54 – 56? PAS akan memberikan kata dua. Kita pernah lakukan sebelum ini kerana kita tidak boleh lagi bertahan dengan perangai “musuh dalam selimut” atau “bertuankan” pimpinan di luar kepemimpinan Ulamak PAS sedia ada. Dan kita berani lakukan lagi.......


Selamat bermuktamar dan semoga Allah SWT

membuka semua hati kita, merapatkan saff kita semula

dan memberikan kekuatan kepada kita untuk

terus berjuang di jalan-Nya yang lurus.



Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Wallillahi’l-Hamd



______________________
[1] Istilah “Erdogan” merujuk kepada suasana perbalahan politik Islam kumpulan Erdogan dan Erbakan di Turki.

[2] Secara luarannya slogan “Kepimpinan Islam” nampak tiada salahnya, malah tiada jauhnya dengan “Kepimpinan Ulamak.” Namun jika dianalisis dengan teliti jauh di sudut slogan itu, ia boleh membawa maksud berikut: (i) Jika diterima, PAS mungkin akan mendapat seorang Presiden, Timbalan , AJK Pusat dan sebagainya pada masa akan datang daripada kalangan bukan ustaz dan ulamak kerana kepimpinan ulamak mengkhususkan pimpinan berada di kalangan ustaz dan mereka yang berpendidikan agama. (ii) Jika diterima, ulamak tidak akan memimpin PAS lagi kerana dilihat kurang berkeupayaan dan tidak profesional mentadbir negara/negeri (iii) Jika diterima, semua keputusan PAS akan digerakkan dan dilakukan oleh kalangan profesional dalam jangka panjang. Jika ada kalangan ustazpun, mereka ini ustaz yang boleh ikut arahan profesional. Siapakah profesional sebenarnya yang menasihati kalangan profesional lain dalam barisan pimpinan PAS sekarang supaya mengemukakan idea grand design seperti ini....? Idea ini masih disokong oleh sesetengah pimpinan negeri PAS. Sila lihat Siasah, 17- 23 Mei, hal. 16 bagaimana Dr. Hamzah Jaafar, YDP PAS Jerantut memberikan justifikasi kenapa perlunya kepimpinan Islam menggantikan kepimpinan ulamak.

[3] Atas kesedaran itulah kami bentangkan sejarah benar gerakan Islam di Malaysia secara ringkas yang dapat dipertanggungjawabkan berserta rujukan dokumen berkaitan.

[4] Pimpinan Pusat yang dimaksudkan ini dikatakan amat rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga IRC. Apabila timbul ejekan dalam pelbagai blog mengenai “sibaju petak” yang dikatakan terlalu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim, YB Dato’ Husam Musa timbul memberikan kenyataan akhbar, “berapa juta mereka yang berbaju petak-petak, bukan saya seorang!” Hairan juga, daripada beberapa juta orang yang berpakaian sebegitu, Husam seorang yang terasa......... Aneh juga!

Antara Ulama & Profesional Dalam Pas - Analisis (3)

on Monday, May 25, 2009

Pelajar Profesional dan Ulamak PAS

Kita dituntut oleh Islam supaya membaca sebagai jalan untuk menimba ilmu. Selain itu, berguru secara langsung daripada guru muktabar adalah suatu jalan tertib dan penuh adab yang sangat berkesan untuk menimba ilmu. Dan alam sekitar kita juga adalah Kitabullah yang terbuka. Jika kita rajin membaca dan menelaah, kita akan menemui sebuah kajian yang sangat menarik oleh seorang graduan daripada Fletcher School of Law and Diplomacy[1] yang pernah berkhidmat di ISIS, Kuala Lumpur.[2] Kajian ini telah diperakui oleh beberapa sarjana dan ahli politik sebagai sebuah “kajian mutakhir dan terbaik tentang pergerakan Islam kontemporari, mengutip kata Profesor John L. Esposito, salah seorang sarjana terkemuka dunia masakini yang memperakukan kesahihan kajian berkenaan. Malah Anwar sendiri telah menurunkan kata-kata pujian terhadap kajiannya dengan berkata:

“Buku ini bertujuan memahami satu fenomena penting dalam abad ini bukan sahaja dari sudut pemikiran golongan yang menganjurnya tetapi juga golongan yang terlibat giat dalamnya. Ia ditulis dengan sempurna dan terdidik.”[3]

Nama Anwar selaku pejuang Islam yang turut memberi sumbangan kepada the rising tide of Islam sejak awal 70-an telah terpahat harum mekar ddalam sejarah gerakan Islam di Malaysia. Ini hakikat sejarah yang tak boleh kita nafikan. Namun kita juga terima hakikat bahawa manusia boleh berubah. Jika kita toleh ke sejarah penghantaran pelajar-pelajar cemerlang Malaysia ke luar negara oleh pihak JPA pada awal tahun 70-an, seiring dengan kebangkitan mahasiswa di dalam negara, pelajar kita di luar negara turut memainkan peranan yang cukup hebat dalam aspek dakwah, malah lebih hebat daripada dalam negara. Ketika mana persatuan dalam univeristi, PKPIM dan ABIM bergerak aktif mengumpul pelajar dalam jaringan dakwahnya, begitu jugalah para pelajar kita di luar negara bergerak aktif dalam gerakan dakwah.

Sebenarnya keaktifan pelajar tajaan JPA ke luar negara awal 70-an itu sebenarnya bermula dari Malaysia sendiri, terutamanya para pelajar yang menuntut di Institut Teknologi Kebangsaan (ITK), (kini telah dinaiktaraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia – UTM). Para pelajar mendapat pendedahan yang amat meluas oleh Pak Imadudin Abdul Rahim, seorang pensyarah kejuruteraan pinjaman daripada Institut Teknologi Bandung. Pak Imaduddin adalah seorang jurutera bertauliah, pendakwah Islam yang komited dan pemidato yang sangat hebat lagi lagi mampu membina kader dakwah yang ramai.

Harus diingat ketika ini arus kesedaran dan kebangkitan Islam telah bermula di kalangan pelajar dan belia. Pada ketika itu, sudah ada PAS, ABIM serta PKPIM dan gandingan kedua-duanya amat mantap ketika itu. Namun yang menjadi sedikit kelainan ialah sikap Imaduddin yang tidak mahu menerima PKPIM, ABIM mahupun PAS. Beliau mempunyai fikrah yang berlainan. Dalam kata-kata bekas seorang pimpinan ABIM,

“Dia (Imaduddin) menuntut supaya kami menerima Islam seluruhnya. Dari segi prinsip, ia memang betul. Tetapi Islam juga mengakui kelemahan manusia dan tahap tanggungjawab mereka yang berbeza-beza. Ada orang sanggup mati untuk Islam, ada pula yang tidak sanggup dan ini tidaklah menjadikan mereka murtad. Tetapi bagi Imaduddin, jika seseorang itu tidak sanggup mengorbankan nyawa, maka dia terkeluar daripada islam. Kami tidak setuju dengan tafsiran perjuangan untuk Islam yang begitu ketat.”[4]

Apabila kerajaan memulakan polisi menghantar pelajar ke luar negara, maka para pelajar ITK itu tadi turut terlibat mendapat tempat di beberapa universiti di United Kingdom khususunya di Brighton dan Glasgow sebelum berkembang biak ke kawasan lain. Pak Imaduddin telah berjaya mengumpul para pelajar corenya itu dan mereka menyambung pengajian di UK dan terus aktif dengan kegiatan dakwah yang lebih mendalam apabila bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang sehaluan fikrah dengan Imaduddin. Mereka ini pula terdedah dengan Jamaatul Islami Pakistan pimpinan Maududi dan juga al-Ikhwanul-Muslimin dari Mesir dan lain-lainnya. Pertembungan para pelajar di UK yang mendapat pelbagai pendedahan, (i) ABIM-PAS (ii) Ikhwan-Jamaatul Islami dan (iii) Jamaat Tabligh telah memulakan perpecahan di kalangan pelajar Malaysia di UK.[5]

Disebabkan kekecohan itu, beberapa seniors telah berusaha menyantumkan kumpulan-kumpulan tersebut di bawah satu wadah yang dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat dengan namanya, IRC bertujuan untuk menjemput wakil-wakil daripada kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana kumpulan untuk bersama-sama dalam satu mjalis yang akan berusaha menyatupadukan semula pelajar-pelajar islam. Maka wujudlah usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil tersebut.[6] Malangnya usaha-usaha murni itu tidak kesampaian – yang tabligh kekal dengan aktiviti bayan dan keluar 40 harinya; yang nasionalis kukuh dengan asabiahnya lalu membentuk kumpulannya; yang pro-ABIM dengan pimpinannya. Bakinya merubah corak IRC menjadi sebuah jamaah yang memiliki Amirnya yang tersendiri tetapi dirahsiakan. Kerahsiaannya ini adalah mainstream dan modus operandi IRC. Yang dikempen secara terbuka hanyalah rehlah dan mukhayyam musim panas dan dingin bermula sekitar 1975/1976.[7]

IRC menghadapi perpecahan sekali lagi awal tahun 1975 apabila beberapa pimpinan utamanya keluar dan mengisytiharkan penubuhan Suara Al-Islam yang mengambil pendekatan yang lebih radikal dan revolusioner.[8] Salah seorang pimpinan utamanya kini menjadi AJK Pusat PAS. IRC ingin mengekalkan program tarbiyyah yang sentiasa diwar-warkan sebagai ingredient utama kepada perjuangannya. Tahun 1976/1977 memperlihatkan kalangan seniors IRC pulang ke tanah air. Apa yang memeranjatkan ABIM dan PAS ialah mereka bukan sahaja tidak menyertai plarform dakwah sedia ada, malah mengkritik ABIM dan PAS secara dalaman dan terbuka. Mereka kekal dalam konsep IRC yang kini telah berkembang di Malaysia. Dalam hal ini, kita dapat fikirkan, bagaimana mereka yang telah mendapat pendedahan Islam dan jamaah di UK oleh pimpinan Jamaat Islami dan Ikhwan sepertimana yang mereka declare, telah memlanggar prinsip asas jamaah itu sendiri dengan menubuhkan jamaah lain di Malaysia. Maka kedengaranlah beberapa ungkapan daripada pimpinan mereka kononnya “mereka belum bersedia untuk menerjunkan diri ke dalam ABIM atau PAS,” “belum mendapat green light daripada pimpiannan utama yang masih berada di UK,” malah ada yang kata, “belum diendorse oleh pimpinan Ikhwan!” Inilah menariknya kalangan IRC – pimpinan dirahsiakan, kenyataan dikeluarkan dengan menggunakan nama-nama besar dalam dakwah sebagai kalangan yang mentarbiyyah dan membimbing mereka.[9]

Tahun 1982 membawa perubahan sekali lagi apabila Anwar memasuki UMNO. Kalangan IRC berbelah bagi – masuk PAS atau kekal dalam IRC? Nak masuk ABIM tiada gunanya lagi menurut mereka. PAS mengisytiharkan kepemimpinan Ulamak dan barisan kepimpinannya terbentang luas. Kalangan IRC mula terfikir - apakah pimpinan sebenar IRC juga seorang ulamak yang muktabar yang dikenali ramai dan jelas ilmu agamanya atau hanya jurutera profesional?[10]

Dalam kegawatan dan pertembungan fikrah itu, pimpinan tertinggi IRC telah berkumpul lalu mengemukakan gagasan Harakah Islamiyyah Syumuliah (HIS) yang dimuatkan secara detail dan bersiri sebagai jalan keluar kemelut yang sedang mereka hadapi. Ini adalah satu grand design dan masterpiece dakwah yang amat terperinci dan meyakinkan. Dalam rangka kerja HIS, PAS, ABIM dan beberapa persatuan pelajar, belia, organisasi umum, NGO akan menjadi wajihah (front organization) dengan IRC di belakangnya sebagai nuklius.[11] Dalam konteks HIS inilah, IRC menghantar beberapa ustaz dan “murabbi” profesional mereka untuk duduk dalam Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat, merangka Skema Tarbiyyah PAS Pusat, Negeri dan untuk para pelajar. Setelah beberapa tahun berlaku, ustaz dan pimpinan IRC tersebut keluar daripada PAS setelah aktiviti sebenar mereka terbongkar.[12] Mereka bukan mentarbiyyah ahli PAS sebenarnya tetapi lebih bersikap “memanding ikan di kolam orang” . Bak kata seorang pimpinan tertinggi PAS yang ketika itu duduk dalam Dewan Ulamak PAS Pusat, “jika benar nak memancing ikan, pancinglah ikan segar di sungai atau laut terbuka, jangan pancing ikan orang yang telah orang lain masukkan ke dalam kolam ikan!”

Strategi IRC terbongkar dan ekoran itu ramai kalangan meninggalkannya dan menyokong PAS. Hard core yang tinggal itu, berkumpul kembali memikirkan jalan keluar lagi untuk bergiat aktif dalam dakwah di Malaysia. Masih menolak ABIM dan PAS, pimpinan IRC akhirnya berkumpul tenaga dan menyiapkan sebuah kertas kerja barunya, berjudul “Pembentangan Usul Pendekatan Terhadap UMNO” bertarikh Rabu, 28 Februari 1990.[13] Keputusan Usul tersebut dirakamkan sebagai berikut:

“Majlis Syura Jama’ah dengan penuh tanggungjawab bersetuju:

1. Membolehkan ahli melibatkan diri dalam UMNO dengan pendekatan yang ditentukan oleh Jama’ah sebagai salah satu langkah penglibatan politik kepartaian dalam strategi dakwah yang bersepadu.

2. Menubuhkan Jawatankuasa Khas MSJ yang diberi kuasa meluluskan dan mengawasi tindakan-tindakan yang berkaitan dengan keputusan ini.”[14]

Sekali lagi IRC bergolak. Ada yang tak setuju dengan keputusan pimpinan lalu berpecah dan menubuhkan Jemaah Islah Malaysia atau JIM pada hari Jumaat, 27 Julai 1990. Setakat artikel ini ditulis mengikut urutannya, sudah berapa kali IRC berpecah? Ditubuhkan di UK, berpecah di UK. Kembali kekal dalam IRC di Malaysia dan berpecah lagi di Malaysia. Perhatikan bagaimana hard core IRC sentiasa kekal mencari jalan keluar setiap kali berhadapan dengan kemelut dan persimpangan. Pengerusi Jawatankuasa Penaja JIM yang kemudiannya menjadi Presiden JIM pertama hingga 1999 ialah Abu Urwah atau Hj Saari Sungip.[15] Nama beliau turut dinyatakan dalam kertas Usul UMNO itu sebagai di antara pimpinan MSJ yang berjumpa dengan pimpinan gerakan Islam dunia untuk mendapatkan nasihat apakah boleh Jama’ah mengarahkan ahlinya memasuki UMNO.[16]


Bersambung.....


________________________
[1] Sebuah institut pemikiran terkenal di luar negara yang mengkhusus dalam bidang politik perbandingan, perhubungan antarabangsa dan diplomasi yang diletakkan di bawah Tufts University.

[2] Zainah Anwar telah membuat kajian yang mendalam terhadap pergerakan Islam dan pelajar Malaysia lalu membukukan hasil kajiannya dalam Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn. Bhd., 1990

[3] Cebisan pujian tersebut diungkapkan di kulit belakang buku tersebut. Ketika itu Anwar adalah Menteri Pendidikan Malaysia dan masih dalam UMNO.

[4] Kamaruddin Mohd. Nor, sebagaimana tercatat dalam Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn. Bhd., 1990, hal. 47.

[5] Ayah Hasan Firdaus, Gerakan Islam – Satu Sejarah dan Pengalaman, Bandar Baru Bangi: Madrasah Muttaqin, 1989, hal. 5. Buku kecil ini adalah satu documented evidence oleh seorang bekas pelajar yang mendapat pendedahan langsung dalam kumpulan IRC tersebut di UK. Setelah memahami grand design IRC terutama konsep Harakiah Islamiyyah Syumuliah (HIS), beliau lebih yakin dengan PAS. Buku itu merakamkan dengan jelas sejarah penubuhan IRC serta kaedah gerakannya. Modus operandi IRC ini juga telah dijelaskan secara terperinci dalam kajian Zainah Anwar malah Zainah, dengan segala kesukaran yang dihadapinya ketika itu, telah berjaya mendapatkan maklumat dalaman daripada penggiat IRC itu sendirinya, di antaranya ialah seorang jurutera muda yang kemudiannya berpecah daripada mainstream IRC dan menubuhkan Suara Islam. Tokoh ini kemudiannya berusaha untuk menubuhkan Parti Negara Islam (PNI) di Malaysia, gagal dalam usahanya dan akhirnya memasuki PAS. Beliau kini seorang AJK Pusat Pas dan aktif di Shah Alam. Semua yang mengetahui gerakan Islam secara dekat amat mengenali watak ini. Beliau dikatakan di antara “Erdogan” yang paling ke hadapan mempromosikan Husam Musa sebagai pimpinan PAS paling tepat untuk menggantikan Tuan Guru Abdil Hadi Awang, jika berjaya mengalahkan Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Jun depan. Lihat temuduga langsung Zainah Anwar dengan beliau (tetapi Zainah memberikan nama samaran beliau sebagai “Ishak Ali” demi melindungi identiti sebenarnya) dalam Zainah Anwar, op. cit., hal. 59 -61.

[6] Ayah Hasan Firdaus, op. cit., hal. 6.

[7] IRC kemudiannya bertukar dengan nama Majlis Syura Muslimun tetapi kekal dengan identiti yang asal dan modus operandi yang sama di seluruh UK, Australia dan US. Fikrah IRC ini juga tersebar meluas di kalangan pelajar agama di Timur Tengah, bermula dari Mesir, ke Syria dan Jordan.

[8] Suara Islam adalah kumpulan serpihan IRC yang amat intim dan mendapat pengaruh daripada seorang tokoh pimpinan Jamaat Islami bernama Javed Ansari. Ahli-ahli Suara Islam bekerja keras membuat persiapan untuk menubuhkan “Parti Revolusi Islam” di Malaysia sekembalinya mereka ke tanah air. Dalam kata-kata “Ishak Ali”, “kami percaya revolusi Islam perlu dipimpin oleh sebuah parti politik”. Lihat Zainah Anwar, op. cit., hal. 59.

[9] Di antara nama-nama besar dalam dakwah yang disebut-sebut memberikan sokongan kepada mereka untuk tidak menganggotai ABIM atau PAS dan sebagainya sebaliknya kekal dalam IRC ialah Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur, Fathi Yakan, Abu Badr, Tariq Suwaidan, Abdul Rahman Khalifah, Dr. Azam Tamimi dan lainnya. Malangnya apabila pimpinan PAS Pusat menemui mereka di Timur Tengah dan di UK, mereka menafikan mereka berkata demikian. Malah Ustaz Mustafa Masyhur pernah menulis sendiri di atas kertas meminta kalangan IRC menganggotai ABIM dan PAS di Malaysia untuk memberikan kekuatan kepada dakwah dan gerakan Islam kepada seorang pemimpin IRC untuk dibawa kepada pimpinan ABIM dan PAS. Ia tidak ditunjukkan (bukankah ini mengingkari arahan pimpinan Ikhwan yang mereka sanjungi?) . Namun Allah SWT Maha Kuasa. Dia Amat Mengetahui hati makhluk ciptaan-Nya. Dalam pertemuan langsung pimpinan PAS dengan Ustaz Mustafa beberapa tahun kemudiannya perkara itu terbongkar daripada mulut Ustaz Mustafa sendiri......Pengajaran Ketiga: Allah akan tunjukkan kebenaran dan membuka ‘aib mereka yang berdusta. Jangan berdusta kerana Allah murka kepada orang yang berdusta.

[10] Faktor ini amat penting kerana jika selama ini Anwar seorang profesional bukan dari kalangan ulamak bergiat aktif dalam dakwah ABIM dan rapat hubungannya dengan PAS boleh belot dan memasuki UMNO; jika PAS yang telah jelas barisan kepimpinan ulamaknya yang terdididik di Timur Tengah dan ramai yang mendapat pendedahan gerakan Islam di sana; persoalan timbul, siapakah pimpinan sebenar IRC? Dalam keadaan kelam kabut inilah beberapa ustaz yang rapat mentarbiyyah pimpinan dan pelapis IRC seperti ustaz Alias Othman, Ustaz Zawawi Ali, Ustaz Darus Senawi, Ustaz Abdul Kamil Majid dan sebagainya, ditonjolkan. Namun mereka yang bergerak aktif dalam IRC amat memahami bahawa yang berada dalam pimpinan sebenar adalah Abang Abdullah, Mustafa Abdul Kadir, Saari Sungip (Abu Urwah), Ahmad, Zaid Kamaruddin, Dr. Hatt Shahrom, Dr. Dzulkifly Ahmad, Ariffin Ismail dan beberapa rentetan nama lagi. Mengikut sesetengah pimpinan IRC, Prof. Abang Abdullah adalah di antara Amir pertama IRC di UK. Beliau mendapat pendedahan langsung daripada Pak Imaduddin semasa di ITK dan melanjutkan pengajiannya di UK.

[11] Lihat grand design tersebut di bawah tajuk “Ke Arah Penghayatan ‘Amal Jama’i” dan juga “Ciri-Ciri Serta Rukun Harakah Islamiah” terbitan IRC sekitar tahun 1982 yang jelas menunjukkan “Harakah” (maksudnya IRC) akan menjadi Tanzim Rahsia yang bergerak sebagai nuklius mencorakkan wajihah tersebut. Ia adalah sebahagian daripada security plan yang melindungi harakah.

[12] Tak perlulah kita sebutkan di sini siapa tetapi mereka yang bergerak aktif dalam PAS amat mengenali mereka. Memadai kita sebutkan bahawa Tuan Guru Presiden, Dato’ Haron Taib dan Dato’ Mustafa Ali juga amat mengenali siapakah mereka.

[13] Seperti biasa dalam keadaan berahsia, kertas kerja ini dinyatakan disediakan oleh “Majlis Syura Jamaah” yang sebenarnya adalah terjemahan yang hampir dengan Islamic Representative Council (IRC) yang dahulunya dikenali dalam bahasa Melayu sebagai “Majlis Syura Muslimun”.

[14] Lihat kertas kerja penting IRC berjudul “Pembentangan Usul Pendekatan Terhadap UMNO” bertarikh Rabu, 28 Februari 1990.

[15] Beliau kini adalah seorang ADUN PAS di Selangor.

[16] Di antara pimpinan MSJ yang membuat pertemuan-pertemuan dengan pimpinan gerakan Islam sedunia yang tercatat dalam kertas Usul itu ialah Ustaz Alias Othman, Ahmad dan Saari Sungip mengikut urutan berikut; 1 Disember 1989 – Saari menemui Abu Amr; Ustaz Alias dan Ahmad menemui Tariq Suwaidan di USA pada Disember 1989 di mana Tariq menjelaskan persidangan ulamak di MAYA Conference bersetuju ahli gerakan Islam bekerjasama dengan parti kerajaan dengan mengambil contoh kisah Nabi Yusuf; Ustaz Alias dan Ahmad menemui Rashid Ganoushi di MAYA Conference Disember 1989; Saari menemui Nadir al-Nouri pada 30 Disember 1989; 1 Januari 1990, Saari menemui Syaikh Abdul Rahman Khalifah, Saari menemui Syaikh Mustafa Masyhur pada 3 Januari 1990; dan akhirnya Saari menemui Abu Badr di Nurnberg pada 19 Januari 1990. Dalam pertemuan ini, IRC digesa membantu Anwar dalam UMNO!

Antara Ulama & Profesional Dalam Pas - Analisis (2)

on Sunday, May 24, 2009

Prolog

Ketika memberikan peringatan tentang bahaya golongan munafiq, Allah SWT telah berfirman di dalam al-Qur’an,

“Dan di kalangan manusia, ada yang mengatakan: ‘Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat’ padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri tanpa mereka sedari. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakitnya itu; dan bagi mereka siksaan yang pedih kerana mereka berdusta”. (Al Baqarah: 8-10)

dengan maksud lafaz maksud supaya umat Islam yang mukmin berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan tipu muslihat manusia durjana tersebut.


Sejarah Sebenarnya Telah Mengajar Kita........

Siri (2) artikel ini akan menganalisis dengan ringkas permulaan kemasukan golongan profesional ke dalam PAS secara berperingkat. Untuk itu, kita mesti menyingkap sejarah gerakan Islam di Malaysia. Seperti yang dijelaskan terdahulu, rangkaian gerakan Islam di Malaysia yang bermula pada awal tahun 70-an mempunyai susunlapis strata sistem perkaderan ahli dan pendokong Islam yang amat menarik; dari peringkat pelajar sekolah/maktab perguruan ke mahasiswa universiti, berkembang menjadi aktif sebagai belia dalam Angkatan Belia Islam (ABIM) dan akhirnya aktif dalam pentas politik nasional dengan memilih PAS sebagai wadah perjuangannya. Ini adalah fakta sejarah yang semua orang tahu. Tak perlu dirahsiakan lagi.

Pada tanggal 27 Mac 1982, senario di atas berubah dan mulai diragui apabila salah seorang penaja utama-pengasas ABIM[1] itu sendiri meninggalkan dunia gerakan Islam dengan melangkah masuk dan memilih UMNO sebagai wadah perjuangan terbarunya dalam politik tanah air. Dengan demikian, susunlapis strata asal gerakan Islam berubah 360 darjah!

Malah ketika itu, dalam keadaan kelam kabut dicampur sedih dan tidak kurang ada yang meluap marah-marah, kita teringat pesan seorang pimpinan gerakan Islam ketika itu bahawa ini adalah asam garam perjuangan Islam - telah berlaku terdahulu dari itu dalam sirah dakwah Islam itu sendiri, kegelincirian dan episod pembelotan ahlinya. Dan ramai di antara kita yang berkata – “Anwar telah menipu kita dan gerakan Islam!”

Itu di antara sejarah hitam dalam gerakan Islam di Malaysia dan ia telah berlalu 27 tahun yang lampau. Masa yang berlalu tidak boleh diambil kembali. Itulah sejarah namanya. Tetapi yang paling penting bagi pendokong dakwah dan “barisan pencinta Islam”[2] ialah kita mesti belajar daripada sejarah. Dan kalau kita teliti ucapan saudara Anwar Ibrahim ketika dan detik beliau mengambil keputusan untuk memilih UMNO, kita akan faham dengan lebih mendalam siapa Anwar Ibrahim sebenar-benarnya:

“Penyertaan saya untuk aktif dalam parti politik UMNO bukanlah satu keputusan yang terburu-buru, malahan ianya telah saya fikirkan dan saya halusi lebih satu tahun.”[3]

Anwar Ibrahim selanjutnya menegaskan bahawa ada beberapa aspek yang telah benar-benar menambat hatinya untuk aktif dalam UMNO, di antaranya ialah,

“kejujuran dan sikap positif Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam, ke atas perjuangan Islam yang benar-benar jitu.“[4]

Lebih dari itu, Anwar menjelaskan bahawa salah satu pertimbangan utamanya untuk memilih UMNO ialah perpaduan di Malaysia dengan mengambilkira Malaysia sebuah negara majmuk.[5]

“Kenapa mengungkap kisah lama? Bukankah Anwar telah kembali ke pangkuan kita?” tegas seorang sahabat karib kita. “Bukankah dalam sejarah Islam, Wahsyi yang membunuh Sayyidina Hamzah akhirnya memeluk Islam? Begitu juga dengan Khalid al-Walid yang menebus dosanya dengan kembali gagah perkasa di medan perang menentang musyrikin. Alhamdulillah, ini sejarah Islam yang boleh kita pelajari dan ambil iktibar daripadanya. Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap, namun ada elemen taubah yang dianjurkan Islam sebagai usaha membimbing manusia kembali ke jalan yang benar”, jawab seorang sahabat byang mempunyai ijazah akademik PhD dari luar negeri. Malah mungkin jutaan orang beranggapan sedemikian. Namun Allah SWT yang telah menurunkan ayat 8-10 daripada surah al-Baqarah lebih mengetahui isi hati makhluk ciptaan-Nya!

Pengajaran Pertama: Jangan berdusta kepada manusia apatah lagi bersaksikan Allah SWT. Amat berat siksaan Allah kepada mereka yang berkata tetapi tidak melaksanakan kata-katanya.


Hubungan Awal Profesional Mengenali PAS

PAS yang wujud sejak tahun 1951 mempunyai sejarah perjuangannya atas landasan yang sangat kuat berdasarkan Islam sendiri dan ini telah dirakamkan dengan jelas melalui pelbagai tulisan antaranya oleh bekas pimpinan PAS terawal[6] serta golongan akademik tempatan dan luar negara.[7] PAS ditubuhkan oleh golongan berpendidikan agama atau para ulamak yang sedar akan tuntutan agamanya.[8] Malahan, sebelum tahun 1951 lagi, perjuangan untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bermula daripada orang Melayu yang mendapat pendidikan agama dari Timur Tengah jauh lebih awal daripada penubuhan PAS itu sendiri.[9] Walaupun menurut sejarah, Presiden PAS pernah dipangku oleh bukan dari kalangan ulamak, namun pimpinan lain semuanya berpendidikan agama dan berstatus ulamak. Dato‘ Asri Muda yang memegang tampuk kepemimpinan telah menerima undi tidak percaya dalam Muktamar hujung tahun 1982 dan akhirnya berundur lalu kepemimpinan beralih semula kepada golongan ulamak sehingga ke hari ini.

Menerusi konsep kepemimpinan ulamak ini, ramai golongan muda profesional yang muda belia yang terasa ditipu oleh Anwar Ibrahim dan ABIM lalu mengambil langkah drastik untuk mendekati PAS. Pimpinan kampus tempatan dan luar negeri mula didatangi oleh pimpinan PAS yang mengisi program-program tamrin dan rehlah. Tahun 1986, bermulanya golongan profesional masuk ke dalam PAS dan PRU tahun 1990 memperlihatkan kemenangan besar pertama PAS apabila gabungan ulamak dan profesional meraih 27 kerusi peringkat Parlimen. Bukankah gabungan ampuh lagi mantap ulamak dan profesional bagaikan panacea mujarab kepada kemelut politik negara yang semakin tenat?

Maka berbondong-bondonglah golongan profesional muda dari pelbagai bidang mencurahkan tenaga siang dan malam dalam PAS. Ada yang masuk PAS sebab nak balas dendam kepada Anwar yang masuk UMNO. Ada yang sungguh-sungguh bertaubat lalu meninggalkan ABIM dan memegang jawatan utama ABIM Negeri dan Pusat.

17 tahun lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ayam tambatan UMNO dan terus menjadi musuh politik PAS nombor wahid sehingga peristiwa September 1999 bila mana DSAI ditendang oleh orang yang sama yang jemput dia masuk UMNO. Itu jugalah orangnya yang DSAI pernah akui di depan jutaan penonton RTM sebagai “jujur” dan “mempunyai sikap positif” ke atas perjuangan Islam yang benar-benar jitu”[10], genap 17 tahun yang lalu!

Pengajaran Kedua: Lihatlah, padahnya berdusta. Dan ini baru hukuman di dunia.....

Harus diingat bahawa Anwar tidak masuk UMNO berseorangan kecuali pada awal-awalnya. Kemudiannya beliau diikuti Fuad Hassan, Kamaruddin Mohd Nor, Kamaruddin Jaafar, Saifudin Abdullah, Abdul Malek Awang Kechik, Shukran Jamel Zaini dan sederetan lagi. Anwar tubuh parti politik baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pada tahun 1999, menganggotai Barisan Alternatif bersama PAS dan DAP lalu menang besar dalam PRU ke-10. Anwar tidak masuk PAS, sebaliknya berjuang dalam Keadilan. Anwar kemudian menjadi Penasihat Umum PKR. Setelah bebas daripada hukuman penjara dan larangan bertanding dalam politik, Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh setelah isterinya meletakkan jawatan dan membuka jalan beliau kembali aktif dalam parlimen.

Berdasarkan analisis ringkas setakat ini, Anwar Ibrahim sebagai mewakili golongan intelek muda, mengambil keputusan untuk tidak memilih PAS sebagai medan politiknya. Anwar pilih UMNO dari 1982 sehingga dipecat (bukan pilih untuk keluar UMNO, dipecat daripda UMNO). Kalau tak dipecat, Anwar kekal dalam UMNO dan bakal dinobatkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Selepas dibuang, Anwar menubuhkan PKR daripada terjun ke dalam PAS. Pemerhati politik dan pengikut parti politik membuat pelbagai political reading: “Anwar tidak serasi dengan PAS”, “Anwar merasakan tidak diterima untuk menjadi Presiden PAS jika dia memasuki PAS” dan bermacam lagi. Yang tahu hanya Allah SWT dan Anwar sendiri! Kini Anwar dihantui kes liwat terbaru melibatkan Saiful Bahari, yakni kes yang sama beliau disabitkan lalu dibebaskan sedekad yang lalu tetapi melibatkan partner yang berbeza. Pendakwaan masih belum bermula, entah bila, wallahu a’lam bis-sawab.

Anwar Ibrahim telah menjadi idola belia sekian lama. Keputusannya untuk memasuki UMNO secara aktif telah turut menenggelamkan ABIM sebagai jurubicara ummah. Ramai kader di kalangan mahasiswa, pensyarah dan golongan ‘ulama’ menolak alasan Anwar untuk memasuki UMNO[11] walaupun dikatakan “Syura ABIM ‘melepaskan’ beliau terjun ke kancah politik”. Namun demikian tidak kurang juga pimpinan ABIM yang “terlalu rapat” dengan Anwar turut menyokongnya. Ditinjau secara ilmiah dengan mengambilkira hujjah-hujjah syar’iyy, kemasukan Anwar dalam politik UMNO tidak sama kaedahnya malah amat jauh sekali dengan kaedah yang digunakan bagi Ustaz Fadhil Mohd Noor memasuki PAS. Kemasukan Ustaz Fadzil Noor ke dalam PAS dilihat sebagai berikut:-

(i) Diputuskan oleh Jama’ah (ABIM dan PAS) secara syura dengan hasrat yang sangat baik walaupun ABIM akan “kehilangan” seorang pemimpin bertaraf ‘ulama’ dan berpontensi besar untuk menggantikan Anwar. Lagipun Ustaz Fadzil melangkah masuk mengganggotai PAS, sebuah parti gerakan Islam, bukannya UMNO;

(ii) Untuk menguatkan PAS ketika itu yang dilanda pelbagai masalah dalaman politik. Adalah amat dibimbangkan jika PAS tidak dikuatkan dari dalam, PAS akan hilang kekuatan dan Jamaah Islam akan kehilangan front politik yang diizinkan dalam sistem demokrasi berparlimen;[12] dan

(iii) Meneruskan agenda “Grand Design” dan program jangka panjang Jamaah Islam.

Mengapa kita mengheret nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tajuk yang sama dalam Siri (2) ini walhal kita bercakap mengenai Ulamak dan Profesional? Tidak lain dan tidak bukan, ia pasti ada kaitannya dan kaitannya akan semakin akrab!


Bersambung.....

________________________
[1] Amat menarik diungkapkan di sini, salah satu slogan utama ABIM ialah bersikap “non-partisan” dan “pendiriannya sebagai sebuah gerakan Islam di Malaysia dan rantau ini untuk meneruskan perjuangan, kegiatan-kegiatannya dan progrem-progremnya, tanpa melibatkan diri dalam politik kepartaian dan Insha’ Allah akan terus mempertahankan identiti tersebut.” Lihat kertas kerja terkenal berjudul, “Kenapa Kemasukan Sdr. Anwar Ibrahim ke Dalam Umno Tidak Syarie”, 1982 (Edaran untuk ahli-ahli ABIM sahaja ketika itu).

[2] Salah satu slogan popular Anwar Ibrahim semasa beliau aktif dalam ABIM dulu – kini tak kedengaran lagi dan digantikan dengan “Makkal Sakhti”!

[3] Petikan ucapan ikhlas Anwar Ibrahim kepada pemberita seperti yang tersiar dalam Mingguan Perdana, Ahad 4 April, 1982, hal. 5. Ramai pendokong harakah kemudiannya faham bahawa ABIM dan PAS telah ditipu sekurang-kurangnya setahun lamanya sebelum itu.

[4] Mingguan Perdana, 0p.cit., hal. 5.

[5] Berita RTM jam 10.30 malam, 29 Mac 1982. Kenyataan akhbar Anwar Ibrahim ini diadakan di Jabatan Perdana Menteri.

[6] Sila lihat tulisan mengenai sejarah penubuhan PAS oleh Ustaz Hj. Baharuddin Abdul Latiff dalam karangan beliau berjudul, Islam Memanggil – Rencana-Rencana Sekitar Perjuangan PAS 1951-1987, Gunung Semanggol: Pustaka Abrar, 1994.

[7] Lihat tesis ilmiah Ph.D, Prof. Firdaus Haji Abdullah yang kemudian diterbitkan sebagai Radical Malay Politics: Its Origins and Developments, Petaling Jaya: Pelanduk Publications, 1985. Lihat juga kajian akademik yang klasik karangan Prof. John Funston, Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Petaling Jaya: Heinemann Educational Books, 1980 serta kajian lengkap kebangkitan semula Islam di Malaysia oleh Judith Nagata, The Reflowering of Malaysian Islam, Vancaouver: Univeristy of British Columbia Press, 1984.

[8] Jika kita singkap sejarah penubuhan PAS, adalah jelas bahawa para ulamak yang asalnya duduk dalam Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama UMNO ketika itu telah menyuarakan kepentingan untuk berjuang atas landasan Islam, bukannya nasionalisme. Lihatlah bagaimana seorang ulamak telah behujjah, “Para ‘ulama’ tidak bersatu dan pengikutnya terpisah kepada beberapa kumpulan serpihan semata-mata kerana urusan yang remeh-temeh….Pada hakikatnya, keindahan Agama Islam tidak akan terserlah tanpa kesatuan’ulama’nya. Kekuatan Islam tidak dapat diwujudkan tanpa kesatuan itu. Sebenarnya, penyatuan ‘ulama’ akan menjadi wadah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang murni. Walaupun semua urusan agama dan pelbagai persoalan kemajuan agama terletak di tangan Duli-Duli Yang Maha Mulia, kemajuan-kemajuan itu tidak akan dapat dicapai seperti yang dikehendaki jika para ‘ulama’ dan pakar Islam tidak bersatu di bawah satu barisan lantaran menasihati Duli-Duli Yang Maha Mulia berkenaan urusan-urusan dan kemajuan agama” (Suara UMNO bertarikh 1 Jun 1951). Seminggu setelah terbitnya tulisan itu, Jawatankuasa Eksekutif UMNO telah menetapkan dalam mesyuaratnya pada 30 Jun 1951 bahawa UMNO akan mengadakan satu “Persidangan ‘Ulama’ Se-Malaya” pada 23 Ogos 1951 bertempat di Sultan Sulaiman Club, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ustaz Ahmad Fu’ad Hasan ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Hal-Ehwal Agama UMNO. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa pada ketika yang sama, sudah kedengaran khabar angin bahawa Dato’ Onn Jaafar, pengasas UMNO akan meninggalkan UMNO kerana perselisihan faham dengan pimpinan UMNO yang lain, hubungannya dengan para Sultan yang semakin buruk dan campurtangan Inggeris yang menganggapnya sangat radikal semangat keMelayuannya. Ustaz Ahmad Fu’ad Hasan disebut-sebut sebagai di antara calon penggantinya berdasarkan hubungan baiknya dengan Dato’ Onn Jaafar dan akan ditentang oleh YM Tunku Abdul Rahman dan C.M Yusuf. Ustaz Ahmad Fu’ad Hasan juga dicadangkan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Dato’ Abdul Razak Husin dan C.M Yusuf. Bagaimanapun akhirnya Ustaz Ahmad Fu’ad Hasan menolak pencalonan itu kerana ingin menumpukan perhatiannya ke arah mewujudkan ‘Persatuan ‘Ulama’ secara berasingan.

[9] Sila lihat kajian akademik yang cukup mendalam yang telah dilakukan oleh Nabir Haji Abdullah dalam Maahad al-Ihya’ Asy-Syarif Gunong Semanggol: 1934-1959, Kuala Lumpur, 1976. Satu contoh maahad yang amat jelas sumbangannya kepada bermulanya semangat kebangkitan Islam di Tanah Melayu ialah Maahad al-Ihya’ Asy-Syarif Gunong Semaggol di Perak yang ditubuhkan pada tahun 1934. Ia merupakan pusat aktivis Islam yang paling dominan sebelum, semasa dan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Mengenai penglibatan pelajar-pelajar Maahad Gunong Semanggol dalam arena politik tanah air pada akhir 1930-an, Nabir menjelaskan bahawa ”Penyertaan penuntut-penuntut al-Ihya’ dalam Gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM) bukan setakat menjadi ahli sahaja tetapi beberapa orang daripada mereka telah menjadi pemimpin apabila KMM cabang Gunong Semanggol, atau seluruh Perak Utara, ditubuhkan”. Peranan Maahad ini lebih jelas lagi apabila Majlis Agama Tertinggi atau MATA ditubuhkan pada 14 Mac 1947, iaitu badan rasmi Islam yang pertama di Tanah Melayu. Kemudiannya pada 14 Mac 1948, semasa satu Kongres Rakyat anjuran MATA yang berlangsung di Maahad ini juga parti politik Islam pertama, Hizbul Muslimin (HM) ditubuhkan atas cadangan Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy. Skop perjuangan Hizbul Muslimin pada peringkat awal ini berkisar di sekitar nasionalisme Melayu ditambah dengan semangat jihad Islam, menyatukan ummat Melayu-Islam menentang penjajah Inggeris.

[10] Mingguan Perdana, op.cit., hal. 5.

[11] Diantaranya ialah tulisan “Kenapa Kemasukan Anwar Ibrahim ke Dalam UMNO Tidak Syar’iyy” yang ditulis oleh enam pemimpin kana ABIM pada tahun 1982 dan diedarkan secara meluas.

[12] Susunan strategi ini amat berkesan dan berjaya mengendalikan rangkaian Gerakan Islam di Malaysia. Sistem ini diakui benar dan disokong oleh beberapa tokoh Gerakan Islam Dunia yang ditemui. Namun kemasukan Anwar ke dalam Kerajaan telah memusnahkan strategi asal ini.