Baca posting terkini. Sila skrol ke bawah.

Imej dicelup dari Harakahdaily.net

Tok Guru Diratah Parasit

on Friday, June 19, 2009


Salam dunia.


Sedikit definisi tentang salam dunia. Salam memberi makna kesejahteraan, keamanan, kedamaian, harmoni, sentosa, kerukunan, dan sewaktu dengannya.

Dunia pula diertikan dengan alam fana, bumi yang tidak kekal, kehidupan, bidang, lapangan, dan seumpamanya.

Justeru, ia memberi kefahaman bahawa pengucapan ‘salam dunia’ menghendakkan kepada keamanan mahupun kedamaian buat alam jagat dan dunia yang kita diami. Cita-cita tersebut tidak mustahil kerana ia pernah direalisasikan di era pemerintahan Rasulullah SAW dan pemimpin-pemimpin Islam terdahulu.

Bagaimana ia berlaku? Rahsianya ialah dengan PERPADUAN. Ya, perpaduan dari segenap penjuru. Perpaduan yang berteraskan Islam pastinya.

_______________________________________________________________________


Apa nak dikata lagi apabila TGNA sudah ‘semacam’ makin lantang menentang kerajaan perpaduan? Tidakkah dengan menentang idea kerajaan perpaduan (ya, baru hanya idea) boleh diertikan dengan menutup pintu perbincangan? Apabila pintu perbincangan telah ditutup, justeru di manakah pula ruang dakwah hendak diletakkan?


Yang paling mengujakan saya ialah, isu panas juak ‘erdogan’ tiba-tiba sahaja telah lenyap di bibir media, ditenggelamkan oleh ‘kerajaan perpaduan’. Kenapa agaknya? Adakah rentetan tersebut hanya secara kebetulan? Ataupun ia adalah percaturan yang telah dirancana? Arakian, apakah yang berlegar di minda tuan-puan sekarang?


Benar, apa yang terjadi ini bukanlah satu kebetulan. Hatta sekecil kejadian pun tidak berlaku secara kebetulan, inikan pula persoalan besar yang melibatkan siasah gerakan Islam. Umum telah mengetahui bahawa telah wujud bibit kepuakkan di dalam PAS. Dua golongan yang paling terserlah, iaitu golongan yang mempertahankan gagasan idea TG Presiden berkenaan kerajaan perpaduan dan satu golongan lagi ialah puak-puak yang menentang secara buta dan keji idea kerajaan perpaduan tersebut.


Penentangan itu didalangi oleh kuncu-kuncu erdogan dengan berselindung di sebalik batang tubuh TGNA yang kian lemah di mamah usia. Kasihan kepada TGNA, tok guru yang dikasihi ramai itu, beliau menjadi mangsa keadaan. Mangsa kepada kuncu-kuncu erdogan. Iya la, kalau mahu melawan secara berdepan, adat kata memang tidak berkemampuan. Saya yakin tiada seorang pun akan mendengarnya. Kerana itu mereka melawan dengan mempergunakan title tok guru. Agar mudah mendapat perhatian dan sokongan.


Kenapa saya menggunakan perkataan buta dan keji kepada menyifatkan penentangan terhadap idea kerajaan perpaduan? Insya-Allah saya akan perjelaskannya (kerana saya bukan daripada spesis erdogan yang pandai berselindung dengan memutar-belitkan fakta).


Jawapannya mudah, saya meminjam kalimah buta adalah disebabkan penentangan yang dicipta oleh parasit-parasit tersebut tidak berlandaskan asas yang betul dan benar, jauh sekali mengikut syarak. Mereka dengan sengaja membuat seolah-olah tidak faham dengan penjelasan kerajaan perpaduan oleh TG Presiden. Bahkan, mereka memutarkan penerangan daripada TG Presiden.


Keji pula adalah kerana para parasit ini sanggup mempergunakan (baca: memperkudakan) seorang ulama terkemuka hanya demi memenuhi agenda nafsu serakah mereka dalam mengejar pangkat dan darjat. Paling dahsyat, mereka rela menggadaikan konsep wala’ dalam gerakan Islam. Tinggal tidak menggadaikan prinsip saja lagi. Kalau tidak, mereka sudah layak dihenyak dan dihumban bersama batu-batu jahannam.


Mari sama-sama kita fikirkan mengenai satu persoalan yang saya akan kemukakan di bawah.


Idea kerajaan perpaduan tersebut dicetuskan oleh TG Presiden tidak berapa lama dahulu. Pada peringkat awalnya agak panas juga isu ini diperkatakan orang, tetapi ia tidak berlarutan. Selepas itu senyap bagaikan tenggelam. Tidak lama kemudian, menjelang muktamar tahunan ke-55 pada awal Jun lepas, isu ini berbangkit kembali. Semakin hari kian panas. Sehingga ke hari ini, ia sudah pun menggelegak. Tidak nampak lagi petanda ia akan sejuk dan tenang semula.


Adakah tuan-puan perasan, isu ini semakin panas dan hebat bertelagah selepas muktamar berakhir? Sesudah berakhirnya muktamar sehinggalah ke hari ini, isu tersebut kian meruncing. Benarkan?


Adakah tuan-puan perasan juga bahawa serangan isu kerajaan perpaduan itu lebih hebat dihujamkan kepada Timbalan Presiden, YB Ust. Nasa? Idea asal oleh TG Presiden, tapi yang dibantai ialah Ust. Nasa. Yang dikecam supaya meletak jawatan parti dan Ahli Parlimen ialah Ust. Nasa. Yang dihambat supaya keluar PAS masuk UMNO ialah Ust. Nasa. Kenapa bukan TG Presiden? Di sinilah timbul persoalannya.


Kenapa? Adakah tuan-puan masih tidak perasan kenapa berlaku sebegini? Kebetulankah? Tidak, sama sekali tidak. Ini adalah kebetulan yang sudah dirancanakan. Mungkin parasit ini terlepas pandang bahawa perancangan mereka kali ini sudah terkoyak, dan sudah dapat diintai. Baunya pun sudah dapat dicium.


Ia sangat berkait rapat dengan perjalanan dan juga pemilihan yang berlangsung dalam muktamar pada awal Jun yang lalu. Ia adalah perlakuan parasit yang buta dan keji itu.


Saya berhenti setakat ini dulu pada kali ini. Kalau kelapangan, saya mahukan jawapan daripada tuan-puan sendiri. Tuan-puan dialukan meninggalkan komen di sini. Saya pasti tuan-puan tidaklah buta semacam mereka, para parasit itu.


Saya menunggu respons daripada tuan-puan.


5 comments:

Abuzar said...

Sdr Micelup,
Serkap jarang tuan terhadap TGNA dah tak upaya menilai-betul atau salah dek kerana termakan hasutan puak "erdogan"( ...parasit PAS?)- agak tersasar.

Mengenai isu idea "Kerajaan Perpaduan (Unity Government)" .. tuu .... -sungguh celaru- strategi politik lalang - "KLUK-KLEK", "FLIP-FLOP", "tak lekat unjak" - mula2 TGHH kata "kita perlu kerajaan perpaduan", ahli geger, kemudian TGHH tarik balik, kemudian TGHH sebut balik di muktamar PAS ke-55, geger pemimpin2 PR, kemudian SUA PAS kata "isu tutup-jangan bincang", .... siasah apa nih? sepatutnya rakyat semakin jelas, Islam dilihat semakin berwibawa, tapi, semakin celaru oleh puak2 nih ... tuu yang TGNA marah!

Puak2 pro-muqabalah UMNO nih mengapa cadangkan KERAJAAN PERPADUAN saja, kan baik lagi tepat kalau cadangkan kepada UMNO/BN dengan KERAJAAN NEGARA ISLAM.

Idea Kerajaan Perpaduan ini susah nak terjemah, hurai dan tafsir kepada rakyat kerana perlu ilmu yang amat tinggi- firasat Ilmu Laduni, makam wali kutub kot?

Kalau konsep KERAJAAN NEGARA ISLAM - ahli PAS biasa dan lebai kampong pong dah boleh hurai. Cina, India pon dah faham doh. Cuma UMNO saja buat pekak badak dengan Daulah Islam. alasan takut kudung tangan, kena sebat, pelabur & pelancung lari la, tak membangun, ekonomi jatuh la, dll. ..

TGNA marah sangat nih mungkin puak2 ni dirasakannya macam la Boneka UMNO. Bercakap BERDOLAK-DALIK. Tidak pegang janji (ikrar/aqad) dalam muamalat. BerMUKA-MUKA. berBOHONG. Ada udang disebalik batu. Tidak telus dan berintegriti. Mengkhianati ikatan persahabatan. nak jaga kepentingan individu bukan jemaah & ummah. Memperalatkan kedudukan dan jawatan dalam parti untuk tujuan peribadi. Mengkhianati amanah ahli PAS dan harapan rakyat.

Kerjasama dan perpaduan dengan semua pihak adalah harus. Terutama untuk amar maaruf nahi munkar. untuk kebajikan dan ketaqwaan. Itu ajaran Islam.

Tapi jika kerjasama & perpaduan dengan "musuh" untuk merosakkan perjuangan kebenaran, keadilan dan harapan rakyat, ini perlu dinilai semula. Kisah Nabi Harun membisu terhadap kesyirikan Samiri demi perpaduan bani Israel, telah diherdik oleh Nabi Musa sekembalinya dari munajat 40 hari di Bukit Tursaina. Kisah Ulamak Yahudi, Bal'an Barsisho bersengkongkol dengan raja yang memusuhi Nabi Musa juga satu iktibar. Kisah “surat sulit” Hatib yang bekerjasama dengan musyrikin Makkah untuk serang kerajaan Islam Madinah pun satu lagi hujjah yang jelas. dan banyak lagi lah ....

Gerakan sulit "PAS bermuqabalah dengan UMNO" dan impian "Kerajaan Perpaduan" telah mengundang polemik yang berlarutan. Apakah PAS hendak menunggu parah dulu baru sedar dan bertindak?

Sebenarnya kredibiliti pemimpin2 PAS yang pro UMNO sudah sangat dicurigai dan dipertikaikan walau sebahagian besar perwakilan muktamar PAS ke55 menyokong mereka. Keputusan perwakilan tidak menggambarkan realiti ahli dan rakyat. Perwakilan mungkin dijerat dengan takrifan "kepimpinan ulamak" yang sempit dan pemaksaan "wala'" berbentuk pendewaan berlebihan satu2 individu/golongan. Mungkin eksploitasi "kepimpinan ulamak" dan "wala'" ini satu permainan terancang? Tapi bagaimana jika ada yang berwala'kan kepimpinan UMNO?

Usaha dakwah Islam melalui PAS kepada seluruh rakyat Malaysia akan terenjat oleh golongan & pimpanan PAS yang menjurus kepada acuan/boneka UMNO ini!

Anonymous said...

Tulisan mi celup ni dah benar-benar selari dan senada dengan hujahan yang dibawa oleh UMNO. Rujuk apa yang dibawa oleh Muhyidin, Tok Pa, Rais Yatim dan Ali Rustam. Semua mrk itu tempelak TGNA. Saudara tumpang semangkuk ke ?

Anonymous said...

Gerakan terancang untuk mengambil alih Pas , seterusnya mengubah hala tuju perjuangannya oleh munafik2 yg di ketuai oleh IrC celaka yg mana kerja mereka dari dulu sehingga sekarang memperlekehkan gerakan islam yg di ketuai oleh ulamak2, kebanyakan Ahli pas di peringkat bawah sudah nampak kejahatan pembuat2 kerja bodoh dalam Pas, menuduh perwakilan2 jemaah islam bodoh lalu terjerat ngan kefahaman sempit ( bahkan engkaulah yg berfikiran sempit lg semput sebab guna akal shj - wala kpd profosianal yg guna akal lalu sesat lg menyesatkan )

kamu menyerang pemimpin kami dengan pembohongan, melagakan ulama2 kami , celaka kamu wahai golongan munafik , dan sekarang telah terbukti benarnya dakwaan anak Tuan Guru Nik Aziz ...

kalau x thiqoh ngan pimpinan silakan ke tempat lain , buat kacau ja , kesian kat Tuan Guru Nik Aziz ,

Pendukung Islam said...

Saudara2,
Jangan ungkapkan kata2 keras sptmana yang diungkapkan oleh TGNA. Beradablah kita dlm jamaah. Jgn kita termakan kata2 org tanpa periksa kebenarannya wpun kita Tok Guru. Dan jgn sekali-kali kita berdalih dan melukakan sahabat kita. Berkatalah benar....AA

Anonymous said...

terima kasih atas teguran berharga saudara

Post a Comment