Baca posting terkini. Sila skrol ke bawah.

Imej dicelup dari Harakahdaily.net

Parasit Kedua

on Thursday, June 11, 2009


Salam dunia.

Maaf kerana kami tidak meneruskan sambungan artikel 'parasit' ini sebelum berlangsungnya muktamar tahunan PAS baru-baru ini. Pertamanya kerana kami lagi sibuk dengan persediaan untuk bermuktamar (baca: kerja keras untuk menjatuhkan 'parasit erdogan'). Dan keduanya kerana ingin melihat sendiri bagaimana reputasi parasit kedua ini dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.

"Hentikan dulu tulisan kau, pasal nampaknya 'dia' akan jatuh dalam pemilihan nanti." Kata seorang sahabat kepada saya minggu lepas.

Siapakah lagi parasit ataupun yang disifatkan antara 'pembantu yang sesat' oleh anakanda TGNA itu? Ya, pastinya itu bukan satu teka-teki lagi. Dia sudah pun tersungkur pada pemilihan jawatan kedua tertinggi parti dalam muktamar ke-55 minggu lepas.
Dia adalah Datuk Paduka Husam Musa, seorang yang segak dan termasyhur dengan baju kotak-kotaknya. Juga antara orang yang penting dalam susun atur kerajaan PAS negeri Kelantan Darul Naim.

Kasihan kepada Datuk Husam, rupanya dengan berpikul wang yang ditaburkan, juga usaha mesra melobi para perwakilan, hanya mampu memberi pulangan yang sangat TIDAK berbaloi. Beliau kalah teruk di tangan penyandang popular, Ustaz Nasa dengan hampir 300 majoriti. Walaupun Abang Mad Sabu lebih rendah jumlah undian yang diperolehi berbanding Datuk Husam, namun secara halusnya Datuk Husam lebih bermuram durja dengan kekalahan ini. Lihat sahaja kepada wajah beliau selepas keputusan diumumkan. Ini kerana Datuk Husam begitu mengharapkan jawatan tersebut untuk meneruskan pakatan jahat puak erdogan bagi mengambil-alih organisasi Islam terbesar di Malaysia (PAS).

Walaupun Datuk Husam tersungkur dari pemilihan Timbalan Presiden, namun masih ada lagi saki baki parasit yang berakidah erdogan ini yang masih menjalar di dalam batang tubuh PAS di peringkat pusat. Daripada AJK biasa hinggalah kepada Naib Presiden. Termasuklah Datuk Husam sendiri yang sudah dilantik oleh TGHH sebagai AJK.

Saya doakan agar dengan kepercayaan yang masih lagi diberikan, dapatlah kiranya menyedarkan para parasit ini supaya 'sudah-sudahlah' dengan kerja-kerja bodoh kalian itu. Ikhlaslah dalam perjuangan kalian. Jangan berjuang kerana pangkat, kerana harta benda, kerana pujian, dan kerana nafsu. Kelak, kalian juga yang akan menanggung sengsaranya.

"Kita adalah satu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Tanpa Islam, maka hina-dinalah kita"

Ingatlah kata-kata bernilai Sayidina Abu Bakar As-Siddiq itu wahai semua pejuang Islam. Wahai Husam dan kuncu-kuncu erdogan. Kembalikan kesetiaan kalian kepada pimpinan. Jangan hanya pandai tunduk-patuh-taat kepada 'orang itu'.

Maaf, saya tidak sempat untuk mengulas lebih panjang. Kepada pembaca, saya syorkan juga anda ke sini

4 comments:

Abuzar said...

Saya rasa selepas muktamar Pas ke55 ari tu, "yang menang" janganlah asyik dok keji "yang kalah".

Husam Musa dah kalah. Muhamad Sabu dah curut. Ustaz Nasharuddin Mat Isa menang besar. Keputusan dah muktamad. apa nak lagi? apa yang nak direbut lagi?

"Saf pimpinan PAS yang baru" telah dimenangkan. Kuasa telah ditangan. Usah mabuk kuasa. Yang penting sekarang pikul amanah, ambil tanggungjawab, buat kerja dengan sepenuh hati - tadbir parti, urus jemaah, dakwah manusia, tarbiyyah ummat, gerakkan rakyat, amar ma'aruf, nahi munkar, tegakkan syariah Allah, pastikan Islam memimpin, .... akhirnya jatuh-bangun PAS & Islam atas batu jemala para pimpinan sekarang ...

Bagi "yang kalah" - alhamdulillah, segala bebanan jemaah tidak ditaklifkan secara mutlak kepada tuan-tuan/puan-puan lagi. Sekira diminta oleh parti, beri sumbangan. Jika tidak parti tak perlu, usah giler kuasa, banyakkan amal kebajikan untuk Islam.

wallahu 'alam.

ahmad said...

Apa habaq sheikh, Doktor Falsafah, Kepimpinan Ulama.....dan macam macam slogan yang engkorang sediakan untuk terus berkuasa tapi perancangan allah lebih lebih sempurna.... Apa jadi pada Ustaz Nasharudin yang di suruh tinggalkan PAS oleh Mursidul Am........bangkai gajah masakan boleh di tutup dengan daun keladi. Kalu sheikh semua gunakan juga hidung kurniaan Allah pasti terbau busuk nya sejak pertemuan gelap dahulu lagi. Ini tidak..tak tahu perkara sebenar terus wala' wala'..wala' sekarang kan dah terlalak lalak kat umno... suka lah ye?

Ustazthrash said...

apa habaq ahmad? pelik cara hang menulis! penuh sindiran dalam berjuang, heheh..mmg berjuang pelbagai caranya, ada yang bisu umpama tingkahlaku dan tulisan, ada pula yang bersuara seperti bicara insan dan bunyi machinegun.. tapi biar sudah yang dikejar. ntah dikendong sudah atau tercicir sudah. apapun aku sokong micelup yang utamakan wala' pada golongan ulamak walaupun terpaksa berpecah, biar munafik yang ada semua parah kalau dah memang mereka tak nak berubah! jgn jadi macam yg diramal ibnu taimiyah "sa-ya'ti zamanin kasirul khuthoba wa qalilul fuqaha". bukan tau apa pun, sembang je lebih. ingatlah wahai golongan yang menolak kepimpinan ulamak! jangan sampai esok terkeluaq taik bertudungkan kentut .. jangan pula percaya media massa saluran depa dalam memecahbelahkan ulamak-ulamak kita

Abuzar said...

Sdr Micelup,
Keluhan tuan amat berasas. memang sudah menjadi realiti. Gelagat para pimpinan dan sebahagian ahli sebelum, semasa dan selepas muktamar PAS ke55 cukup ngilu. Bukanlah salah para ahli atau otai PAS saja seperti cuba digambarkan.

Tetapi dilihatlah dari persepsi yang berbeza.

Keputusan pemilihan muktamar PAS ke55, lebih menjurus kepada sentimen "kepimpinan ulamak" secara melampau. Ia disulami dengan istilah "wala' kepada pemimpin" secara taqlid buta, penafian atas perbezaan & pluralism Islam, kecenderungan kepada "empire building" dan terlalu fokus kepada pembolotan kuasa bercorak authoritarian.

Muktamar yang tidak fokus kepada "capacity & networking building" terutama dalam "akad" yang metrai dalam Pakatan , bahkan menanam bibit2 kecurigaan dalam adab berpakat & bersahabat. Penonjolan ingin berkuasa secara berlebihan, dilihat membelakangkan aspirasi rakyat. Pendekatan siasi yang tidak konklusif menyebabkan hala tuju baru dilihat sebagai bercabang-cabang!

Usaha membetulkan semula persepsi umum terhadap hala tuju PAS pasca-muktamar ke55 amat perlu. Para "Think Tank PAS" perlu gembeling tenaga semula menghurai secara tepat dan jelas membetulkan persepsi negatif baru ini. Think Tank PAS dibelakang tabir perlu bersabar mendepani kerenah "tokoh2 baru PAS". Input realistik para Think Tank sentiasa dinanti supaya para "penggerak PAS" disemua peringkat tidak tersasul "kalimat mengelirukan" masyarakat massa. Keborosan kata-kata akan menjarakkan rakyat kepada PAS & Islam. Pendekatan dakwah interaktif lebih wajar dalam konteks politik Malaysia kini dari pendekatan politik pamir kuasa & kalimah2 menghukum!

Wallahu alam

Post a Comment