Baca posting terkini. Sila skrol ke bawah.

Imej dicelup dari Harakahdaily.net

Haji Wan Rahim & Fatah Harun Perlu Letak Jawatan.

on Tuesday, July 14, 2009

Pilihanraya Manik Urai sememangnya sengit. Umno bertungkus lumus untuk memenangi pilihanraya tersebut berbeza dengan pilihanraya kecil sebelum ini. Jika UMNO menang, jangan salahkan kejahatan UMNO sebab UMNO sememangnya jahat. Pilihanraya sebelum ini dan dalam keadaan trend masyarakat yang bencikan UMNO, pilihanraya kecil sebelum ini menyaksikan kemenangan parti pembangkang hatta di kawasan UMNO seperti di Kuala Terengganu.

Sememangnya kita harapkan dan mahukan PAS memenangi pilihanraya tersebut, tetapi kebimbangan tetap menghantui diri akibat kes-kes yang berlaku.

Kenapa Wan Rahim Dan Fatah Harun perlu bertanggungjawab?

Keduanya perlu bertangungjawab justeru mereka punca kepada kekalutan dan kekecohan dalaman yang berlaku dalam tempoh pilihanraya. Perhatikan rentetan tersebut:

1. Memberikan amaran bahawa golongan pro kerajaan perpaduan jangan turun berkempen di Manik Urai. Kenyataan ini seolah-olah kenyataan daripada TG Nik Aziz. Padahal merekalah yang memulakannya.

2. Membuat kenyataan yang sehingga dipetik oleh musuh bahawa Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak dibenarkan turun ke Manik Urai. Kenyataan ini mengelirukan orang ramai termasuk jentera dan pengundi sendiri yang hilang keyakinan kepada PAS akibat dilihat bergaduh sesame sendiri.

Dua isu ini cukup besar dan memberikan kesan yang negatif kepada jentera dan pengundi di Manik Urai itu sendiri.

Kenyataan ini sebenarnya menunjukkan:

1. Sikap takabur dan sombong seolah-olah Kelantan kuat dan meremeh-remehkan tenaga luar. Ini adalah sifat para juhala’ yang baru masuk Islam yang menjadi punca kekalahan dalam peperangan Hunain. Juhala’ bawahan yang bersifat ego dan sombong sehingga lupa bantuan daripada Allah boleh menjadi punca kekalahan Hunain, apatalah lagi jika juhala’ yang bersifat sombong menjadi pemimpin atasan dan master mind pilihanraya sendiri.

2. Kemenangan kita adalah anugerah dan pertolongan Allah, sifat ego dan sombong dan lupakan kemenangan daripada Allah adalah penghalang kepada kemenangan gerakan Islam.

3. Kenyataan ini bersifat dendam peribadi akibat kesan pemilihan parti baru-baru ini. Ini kerana, masyarakat umum, jentera diperingkat bawah, menengah dan atasan tidak melihat isu kerajaan perpaduan dan isu Ustaz Nasharudin sebagai isu besar. Ini termasuk juga TG Nik Aziz yang sebenarnya meminta Ustaz Nasarudin turun ke Manik Urai.

Maka dengan sifat ego politik, merasa hebat, berdendam dengan musuh peribadi dari kalangan ahli jemaah parti menjadi punca kepada kekalahan di Manik Urai.

Justeru itu, apa lagi sebab untuk dua insan ini untuk tidak meletak jawatan?

6 comments:

Pendukung Islam said...

Assalamualaikum wm wb.,
Kita mesti berani menolak dan membuang yang buruk walaupun daripada kita sendiri, sama seperti kita menerima yang baik walaupun bukan daripada kita. Inilah sikap Islam syumul yang dituntut, bukan Islam kedaerahan yang sempit lagi merugikan. Tok-Tok Guru juga membuat kesilapan, dan jika kita sayang Tok Guru kita, kita mesti berani membantu membetulkannya. AA

Anonymous said...

Aku setuju. majoriti 56 undi tipis sangat. Hampir kalah. Sekarang ni, semua pilihanraya kecil menyaksikan peningkatan undi dipihak pembangkang. Tengok contohnya Kuala Terengganu, daripada kalah 2000 undi lebih, PAS boleh menang sampai 3000 lebih. Padahal, PR Kuala Trg juga UMNO yang sama juga, penipu, jahat pengkhianat dan bla.. blaa.. blaaa.
Sama juga PR kecil Bukit Gantang dll yang menyaksikan peningkatan undi PAS... Tapi di Manik Urai ni, hampir tumbang.
Isu yang dimainkan oleh UMNO, pencetusnya adalah dua orang ni. So, saya setuju dua orang ni letak jawatan kalau ada maruah.

Abuzar said...

Saya setuju, jika benar sifat takabbur, kepuakan (assobiyyah) dan pendendam para pimpinan PAS yang tak mau mendengar suara hati rakyat.

Saya setuju, jika benar isu penolakan kerajaan perpaduan & ketidakhadiran Ustaz Nasharuddin (TP PAS)punca kemerosotan undi kepada PAS pada PRK MU yang lepas.

Saya setuju, jika benar kegagalan PAS memperolehi majoriti besar seperti yang diidamkan oleh "Kumpulan Micelup" berpunca dari dua tokoh PAS ini, Wan Rahim & Fatah Harun.

Tetapi dengan "perletakan jawatan Wan Rahim & Fatah Harun" akan menyelesaikan segalanya dan menjamin kemenangan PAS dimasa akan datang?

Sebelum 1990, PAS amat corot sekali. Sehingga pembunuhan Ust. Ibrahim Libya & kezaliman Amno terhadap ahli PAS sampai sekarang tiada pembelaan & pengadilan wajar. Masa itu Wan Rahim & Fatah merupakan sebahagian dari individu yang aktif menggerak dan menjayakan PAS. Sehingga kemenangan PAS di Kelantan pada PRU 1990, 1994, 1999, bertahan 2004 (Kerajaan dapat majoriti mudah, hanya kelebihan 1 kerusi saja!), 2008. Mereka tak pernah lari dari perjuangan walaupun dipujuk atau dicabar. Hari ini bila berbeza pendapat & pendekatan dalam PAS,serta kegagalan PAS mendapat majoriti besar di PRK Manik Urai (kemerosotan lebih dari 1400 undi berbanding PRU 2008), mereka telah dicop sebagai "juhala' yang ego" dan perlu dipinggir/ disingkirkan begitu saja?

Apakah faktor/punca sebenar kegagalan ini? Perlu dipost mortem terlebih dahulu. Dapatkanlah fakta rasmi dan ambil tindakan dimana perlu. Pengundi saluran mana yang kalah, cari puncanya. Jangan keterburuan. Jangan menyubur amalan budaya politik amno: menabur fitnah sesama sendiri, memburu kedudukan peribadi & memijak segala pengorbanan jemaah!

Anonymous said...

faktanya yg tidak dapat di sangkal ialah , " tiadalah kemenangan itu kecuali dari Allah Ta'ala " nilai poster komersial , isu ug ke ke apa ke tu semua tepi punya hal , yg pastinya kesombongon golongan parasit dalam Pas telah di tegur , ambillah iktibar , buat kerja ngan ikhlas , syurga bang , pastu redho Allah ta'ala bukan kecil balasan tu , takut2 korang nanti kt sana takde aper2 dalam akaun

Kemasyhuran , suka di jadikan pemimpin walaupon x layak , menentang jawatan penting yg telah di faraidkan oleh Rasulullah S.A.W ( hadis " dan ulama'2 adalah pewaris nabi2 " )

ya Allah Ta'ala Tuhan sekelian Alam , sesungguhnya kami meminta dari engkau untuk menjauhkan kami dari menjadi berpuak2 di dalam menentang golongan munafik yg di luar jemaah dan yg di dalamnya , jauhkanlah kami dari mereka , dan jauhkan mereka dari kami , selamtkanlah jemaah ini dari parasit2 ini

Anonymous said...

Jangan terlalu bangga & ego, riak, taksub dgn title kepimpinan ulamak.. ulamalklaa segala2nya. "ulamak no wrong le tu kunu!?". Yg berselisih pendapat dgn dgn ulama, semua munafik .. klu umno lantik Ustax Dr Yunuf Nor jd Presiden umno, Dr Hamid Osman Timb.Pres., Najmuddin alhafiz, Ustaz Nakhaei, Naib2 Presiden, Ustaz Firdaus al Hafiz jd SUA, Dr Asraf / Ust Afandi Ketua Pemuda, Ustzah zaleha KW, macamna? "kepimpinan ulamak umno" katakan... yang mana lawan umno wlaupun masih sekular ketika itu..munafik jugak ke ? Bukle mata ckit, grakan islam ada yg hebat wlpun tak diketuai ulmk, berjaya ... khalifah harun arrashid, salahuddun alayubi, sultan muhamad alfateh ... cth nama2 besar yg "soleh & betaqwa" yg memimpin umat yg didapingi para ulamak, dan berjaya dgn izin Allah!

Percanggaha pdpt brlku bila perkara telh disepati(ijmak) spt tolak UG dgn umno -tp ada masih berkras nak paksa jemaah terima. sorang-tarik xsudah2. kunu--idea terlalu bagus.aku seorg yg hebat. kemdian bila ada yg lawan ..guna isu lawn "kepimpinan ulamak" & xsetia "wala'" pd amir pas. Tuduh pulk puak2 yg. bercgh dgn pemimpin besar dok bui wala' kat anwar plk. Maksud hbga dgn anwar/pkr/dap pun x bole nak beza antara WALA' dgn Tahalluf atau WALA' dgn Strategi! Dicanangkan diseluruh muktamar, pk2 tadak wala' ni pk2 erdogan. inilah akibat baru menang ckit, ego lebih. Masa pas tak laku dulu, berbuih2 mulut puji profesional2 , intelek2, korporat2, pegwi2 krajaan dah terima pas. Sekrg bila dah rasa selesa ckit nak halau macam anjing kurap je... munafik le... parasit le... sptutnya bila lg alim, lg ulamk, lg le ... tinggi hemah & hikmahnya... Ini pemimpin umno goreng ckit dah xtentu hala ..skali bgitu ..skl bgini .. kepelahatan kepada janji umno tu nampak sangat ... mcm org manik urai yg pangkah umno/bn krn nak jambatan & nak jd anak emas tpm tu....

Anonymous said...

Anonymous memang jenis tak tahu topik tak tahu tajuk. Orang duk bincang isu bukit gantang, dia duk timbul fitnah ;lain pulak.

Isu kepimpinan semua dah settle, orang pas semua dah clear benda ni.

Jadi bila komen anynomous nampak duk komen nampak macam ulama nak kekebalan, maka ini menunjukkan bahawa:
1. Beliau ni memang bukan orang PAS sebab orang pas dah clear isu ni.
2. Komentar beliau menunjukkan dia memahami kedudukan ulama dari perspektif kepimpinan paderi dalam sistem Kepimpinana gereja di zaman dark age eropah. Lepas tu, komen maksud dan erti kepimpinan ulama yang diamalkan, diterima dan di persetujui dalam PAS.

Aku tengok, gaya ayat seperti 'kunu' dan lain-lain, adalah gaya seorang budak underground yang menjadi pengikut kepada PKR yang mempunyai hubungan dengan parasit dalam PAS.

Nak tahu sape? pikir-pikirlah.

* pesanan, jangan fahami islam melalui kacamata bukan islam. Jangan Fahami erti kepimpinan ulama dari kacamata kepimpinan gereja. Nanti sesat, dan pembaca lain yang tak faham pun boleh tersesat sekali.

Post a Comment